Survivor Pass ke-3 dalam PUBG kini telah tiba, iaitu Wild Card.
Dalam Survivor Pass kali ini, pemain boleh memiliki barangan kosmetik terbaru bertemakan filem pengintipan; membolehkan anda untuk memasuki pertempuran berpakaian seperti seorang pengintip antarabangsa!
Wild Card berfungsi seperti Survivor Pass sebelum ini, dengan pass utama membolehkan semua orang mendapat ganjaran dengan percuma. Kepada pemain yang menginginkan lebih ganjaran; termasuk dengan barangan kosmetik terbaru, anda boleh membeli Premium Survivor Pass dengan harga USD$9.99. Dengan membeli, anda akan terus diberikan Floral Bomber Jacket dan akan mendapat ganjaran tambahan dengan menyelesaikan premium mission.
Pemain diberikan 10 minggu untuk bersaing dengan pass ini, dengan memenangi sebanyak mana ganjaran dan kupon disamping mencapai level yang baru. Anda akan diberikan samada kupon Blue, Yellow atau White setiap kali level up. Dan ianya boleh ditukarkan dengan kunci crate yang rawak di Coupon Shop. Kepada yang ingin cara pantas, level packs juga boleh dibeli dimana ini akan memberikan pemain secara terus semua ganjaran yang boleh didapati pada level-level tersebut.
Tahap kesukaran untuk mission juga telah diubah secara keseluruhannya. Terdapat juga challenge mission yang dibuat berdasarkan jenis senjata. Dengan menyelesaikan mission-mission ini, anda boleh mendapatkan skin istimewa untuk senjata tersebut. Senjata berkenaan adalah Tommy Gun, Beryl M762, S686, UMP45 dan M16A4.
Survivor Pass: Wild Card ini akan berlangsung sehingga 4 June 2019, 7PM PDT atau waktu Malaysia 5 June 2019, 2AM.
Sumber: PUBG.com
@gamersantaimy
Discussion about this post