Pihak Respawn Entertainment telah memberikan sedikit maklumat berkenaan patch Apex Legends yang sedang dibangunkan, yang mengandungi bug fixes dan penambahbaikan performance game ini. Tetapi mereka tidak memberitahu bila ianya akan dikeluarkan. Dalam update terkini Apex Legends, game ini ditambahkan dengan perubahan dan penambahbaikan yang diminta komuniti tetapi pada masa yang sama, memperkenalkan bugs yang baru.
Bugs ini dibincangkan di subreddit Apex Legends menerusi Check In 3.27 Respawn. Di antaranya adalah:
- Bug yang menghadkan frame rate kepada 144, tanpa mengira seseorang pemain tersebut dikenakan cap atau tidak,
- Masalah hitbox sekitar tangan dan badan bahagian atas. Pemain dikatakan sesuatu tembakan itu mengenai sasaran, tetapi damage tidak dilakukan,
- Isu audio dropout, audio in-game kadangkala hilang, audio distortion ketika pertempuran, audio tapak kaki musuh yang terlalu perlahan ataupun tidak kedengaran langsung dalam jarak dekat,
- Versi PC, isu crash to desktop. Pihak Respawn mengatakan minggu lepas sahaja, kadar crash ini meningkat kepada 90%
Untuk masa hadapan, Respawn bercadang untuk menambahkan komunikasi yang lebih baik daripada game tersebut, seperti memberikan error message dan tips untuk membolehkan pemain mengenal pasti punca masalah.
@gamersantaimy
Discussion about this post