Berkat beberapa YouTuber seperti Markiplier dan Jacksepticeye, Surgeon Simulator (2013) dengan cepat menjadi popular di internet. Tidak seperti game simulator lain, permainan ini tidak mengutamakan realisme dan menumpu pada gameplay pantas dan tertekan, di mana kita membedah bahagian dalaman pesakit. Sering kali, pemain akan memotong pelbagai bahagian badan seperti tangan dan kaki, tetapi sekuelnya Surgeon Simulator 2 membolehkan seluruh anggota badan untuk dipotong!
Bukan itu sahaja yang baru. Beberapa ciri baru akan hadir dalam sekuel, termasuk operasi baru, mod Story, four-player online co-op, dan juga mod Creation. Mod multiplayer mengingatkan saya pada siri Overcooked, di mana pasukan mesti bekerjasama secara strategik untuk mengalahkan cabaran.
Mod Story pula mengikuti format berperingkat, di mana pemain dapat meneroka fasiliti perubatan misteri dan mencuba pembedahan unik di sekitar hospital. Akhirnya, mod Creation membolehkan pemain meenghasilkan level mereka sendiri yang rakan-rakan boleh cuba secara co-op dalam talian. Dengan sejumlah alatan intuitif dan kreativiti, internet pasti akan melihat beberapa idea menarik dalam bulan-bulan akan datang.
Surgeon Simulator 2 baru sahaja menyelesaikan beta tertutup pada awal bulan ini, dengan respon yang sangat positif daripada pemain yang menerima salinan permainan. Bagi mana-mana pemain yang menikmati permainan pertama, Surgeon Simulator 2 kini tersedia di Epic Games Store, jadi anda tidak perlu menunggu lagi untuk menjadi doktor.
@gamersantaimy
Discussion about this post