Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Supercell Umum ‘mo.co’ – Game Mobile Buru Raksasa Antara Dimensi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Supercell Umum ‘mo.co’ – Game Mobile Buru Raksasa Antara Dimensi!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Supercell, pemaju di sebalik game terkenal seperti Clash of Clans, Clash Royale dan banyak lagi, telah mendedahkan game mereka yang seterusnya iaitu “mo.co“, sebuah game mobile di mana pemain perlu memburu raksasa.

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan teaser pendek yang anda boleh tonton di bawah:

Tidak banyak yang diketahui tentang game tersebut setakat ini, tetapi Supercell menjelaskan game itu sebagai “lompatan ke alam yang tidak diketahui”, dan meletakkan pemain dalam peranan seorang pemburu raksasa, yang menggunakan portal untuk meneroka dunia baharu yang pelik bersama mo.co, pasukan pemburu raksasa yang diasaskan oleh tiga rakan: Luna, Jax dan Manny.

Kredit: Supercell

Laman web rasmi mo.co menyatakan bahawa game itu akan dipenuhi dengan dungeon, raksasa dan dunia alternatif yang indah, di mana pemain dapat memperoleh ganjaran epik dan peralatan baharu semasa maju dalam permainan. Dalam teaser di atas, kita dapat melihat sedikit gameplay yang menampilkan gaya ikonik Supercell.

Kredit: Supercell

Tetapi yang benar-benar menarik minat saya ialah gaya seni, yang menyerupai anime. Watak-watak yang diperkenalkan setakat ini pun cukup menarik, manakala gameplay pendek menampilkan beberapa raksasa yang unik.

Butiran lanjut tentang game akan diumumkan dalam masa terdekat, di mana sebuah ujian beta akan diadakan di Amerika Syarikat untuk pengguna Android pada hujung Oktober.

Kredit: Supercell

Memandangkan fasa ujian masih belum bermula, kemungkinan besar ia tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, ramai berharap supaya game ini dapat dilancarkan pada hujung 2023 atau awal 2024. Dan jika ia keluar lebih awal, lebih bagus untuk peminat Supercell.


Itu sahaja maklumat kami tentang mo.co – anda juga boleh dapatkan segala berita kami tentang game mobile lain di SINI!

Tags: mo.coSUPERCELL
ShareTweetSend
Previous Post

Arc System Works akan bawa UNDER NIGHT, Double Dragon & Banyak Lagi ke gamescom asia 2023

Next Post

Apple TV+ pamer visual baru untuk ‘Monarch: Legacy of Monsters’ di New York Comic Con

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Apple TV+ pamer visual baru untuk ‘Monarch: Legacy of Monsters’ di New York Comic Con

Apple TV+ pamer visual baru untuk 'Monarch: Legacy of Monsters' di New York Comic Con

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd