Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Monkey Ball Banana Rumble Menambah “Crewmate Among Us” Sebagai Watak Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 7, 2025
in Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch
0 0
0
Super Monkey Ball Banana Rumble Menambah “Crewmate Among Us” Sebagai Watak Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mengumumkan acara crossover baharu yang menarik dalam Super Monkey Ball Banana Rumble di Nintendo Switch. Crewmate popular dari Among Us—game multiplayer penuh strategi dan pengkhianatan—kini boleh dimainkan di dalam game terbaru Super Monkey Ball sebagai watak DLC berbayar!

Crewmate, seorang angkasawan misteri dari planet lain, kini berehat seketika daripada tugasnya di kapal angkasa untuk meneroka dunia penuh warna dalam Super Monkey Ball Banana Rumble. Untuk mengakses watak ini, pemain perlu mengemas kini permainan ke Versi 2.10 yang terkini.

Dalam kemas kini ini, pemain boleh mengawal Crewmate dalam kedua-dua mod Adventure dan Battle. Berbeza daripada kebiasaan mengumpul pisang, kali ini anda akan mengumpul kepingan piza sambil berguling melalui pelbagai peringkat yang penuh cabaran dan keseronokan.

Kredit: Sega

Selain DLC Crewmate, kemas kini Versi 2.10 turut memperkenalkan pentas baharu untuk mod pertempuran “Ba-BOOM!” yang dinamakan Scattered Stones. Peta ini menampilkan persimpangan besar di tengah-tengahnya, di mana pemain perlu menggunakan dinding berputar dan batu bergerak di runtuhan purba untuk mengelak daripada serangan bom yang bertubi-tubi.

Tambahan lagi, sistem battle season looping diperkenalkan, membolehkan ganjaran musim berulang. Ini memberi peluang kepada pemain yang terlepas untuk mendapatkan barangan eksklusif yang sebelum ini sukar diperoleh. Turut diperkenalkan adalah pilihan penyesuaian baharu untuk watak seperti Fes, Tee, Val, Easel, dan Dr. Bad-Boon.

Kredit: Sega

Pastikan permainan anda mengemas kini ke Versi 2.10 dan sertai keseronokan sebagai Crewmate di dalam Super Monkey Ball Banana Rumble! Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Among UsSuper Monkey Ball Banana Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

GTA 6 Tetap Akan Keluar “Musim Luruh 2025”, Menurut Bos Besar Take-Two Interactive!

Next Post

Apple Arcade Mulakan 2025 Dengan 10 Game Baharu, Termasuk PGA TOUR Pro Golf!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Apple Arcade Mulakan 2025 Dengan 10 Game Baharu, Termasuk PGA TOUR Pro Golf!

Apple Arcade Mulakan 2025 Dengan 10 Game Baharu, Termasuk PGA TOUR Pro Golf!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd