Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Streamer Twitch “Yoojin” jadi viral selepas mengkritik penonton gatal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Streamer/influencer
0 0
0
Streamer Twitch “Yoojin” jadi viral selepas mengkritik penonton gatal!
Share on FacebookShare on Twitter

Para streamer bukan sahaja harus menguruskan masalah di Twitch, malah kadang-kala, masalah baru boleh datang daripada penonton mereka sendiri. Terdapat banyak situasi di mana penonton akan mengganggu streamer secara berlebihan, sama ada secara buli dalam talian atau secara peribadi.

Baru-baru ini, seorang streamer Twitch bernama “Yoojin” membincangkan isu-isu tentang penonton lelaki yang memberikan sumbangan dengan harapan untuk mendalamkan hubungan mereka. Sebuah klip daripada siaran langsung itu kemudian dimuat naik ke Twitter peribadinya, dan mendapat 31.1K Like dan lebih daripada 600 ribu tontonan pada saat penulisan.

https://twitter.com/yoojpls/status/1336147269888831489

Dalam video tersebut, Yoojin menjelaskan bahawa penonton yang gatal kadang-kala akan menyumbangkan duit ke siaran langsung dengan tanggapan mereka mempunyai hak untuk memulakan perbualan dengannya. Yoojin juga menyatakan yang sesetengah penonton juga berfikir mereka mempunyai peluang kerana dia adalah streamer Twitch yang kurang popular. Yoojin mendakwa:

“Hanya kerana seseorang menyumbangkan $100 atau membalas kepada ‘whisper’ sekali, itu tidak bermaksud dia mahu terus bercakap dengan kamu. Itu hanyalah tindak balas kepada sesuatu yang baik. Berfikiran sebaliknya adalah sifat pemangsa.”

Jika pelawaan penonton ditolak, ia biasanya akan mengakibatkan penonton untuk menghina Yoojin, dan mendakwa bahawa mereka berhak untuk servis itu sambil menggunakan istilah-istilah yang kasar dan tidak sesuai. Yoojin menasihati jenis penonton seperti ini untuk bertemu dengan seorang gadis sebenar dan tidak menyerangnya lagi. Daripada situ, ramai yang memuji Yoojin kerana berani membantah isu ini, dengan memberikan fakta yang perlu didengar oleh semua orang.

blame a streamer if they get annoyed by your approach. yo, idek if anyone is gonna read this follow up LMFAOOO but just call out weirdness if you see it and protect your friends that’s it have a good rest of your day

— yoojin 🌌 (@yoojpls) December 8, 2020

Sejak video itu menjadi viral di Twitter, Yoojin menjelaskan hujahnya dengan lebih lanjut. Dia mengaku bahawa streamer lelaki juga mengalami kes dan masalah yang sama oleh anggota penonton Twitch. Contoh yang diberi oleh Yoojin hanya bertujuan untuk menunjukkan pengalamannya tentang “toxicity” supaya penonton berhenti membuatkan Twitch sebagai perkhidmatan cari jodoh dan jelaskan niat sebenar mereka.

Tags: penontonStreamerTwitchviralYoojin
Previous Post

Spotify 2020 Wrapped mendedahkan data bagaimana Gamers Soundtrack tahun 2020 mereka

Next Post

Sedikit sentuhan digilap dalam Brigandine: The Legend of Runersia di PS4

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Sedikit sentuhan digilap dalam Brigandine: The Legend of Runersia di PS4

Sedikit sentuhan digilap dalam Brigandine: The Legend of Runersia di PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd