Kami ternampak satu game seram menarik baharu ala-ala Silent Hill. Game tersebut ialah Stray Souls yang dibangunkan oleh Jukai Studio. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Stray Souls membawa anda ke sebuah bandar bernama, Aspen Falls yang dilanda sumpahan jahat. Selepas mewarisi rumah neneknya yang terasing pada hari lahirnya yang ke-18, Daniel berpendapat dia telah memenangi loteri, tetapi tidak lama kemudian dia mendapati itu semua bukanlah tuahnya. Dia kini terlibat dengan ritual gelap yang mengancam kewujudannya dan dia mesti memulakan perjalanan yang menakutkan untuk membongkar rahsia masa lalunya.
Mengenai gameplay Stray Souls, ia akan menggabungkan combat daripada game seram klasik dan soulslike, memberikan pengalaman baru untuk game action-horror. Dengan teknologi Unreal Engine 5, segala perincian di Aspen Falls akan nampak lebih mengerikan.
Ciri-ciri penting dalam game
- Meneroka bandar Aspen Falls dan kawasan sekeliling untuk merungkai misteri di sebalik kelahiran Daniel.
- Mendalami kisah Daniel dengan pilihan dialog serta membentuk personalitinya.
- Lawan pelbagai raksasa ngeri yang menghampiri atau lari daripadanya. Pertempuran yang mudah meletakkan fokus kepada menyusun strategi taktik pertempuran dan pengurusan sumber.
- Selesaikan puzzle yang mencabar minda
- Sistem rawak tersedia untuk memastikan musuh, lokasi item, cuaca dan fenomena aneh berlaku di pelbagai tempat, menjadikan setiap playthrough unik.
Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap untuk pelancaran game ini, tetapi anda bolehlah wishlist dahulu. Stray Souls akan tersedia di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post