Setelah demo Stellar Blade ini secara tidak sengaja tersedia pada awal bulan, yang akhirnya ditarik balik, akhirnya demo tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada hujung Mac ini. Diumumkan melalui PlayStation Blog, Stellar Blade demo akan tersedia pada 29 Mac di PS5.
Untuk pengetahuan anda, demo ini bermula pada permulaan game, di mana Eve, ahli Airborne Squad ketujuh telah dihantar ke Bumi dalam satu misi untuk merampas semula planet tersebut daripada Naytiba. Anda juga akan dapat alami boss fight pertama game melalui demo ini.
Untuk stage pertama, terdapat fasa tutorial untuk membantu anda membiasakan diri anda dengan ciri combat asas sambil anda menerokan Eidos 7 pasca-perang, bandar manusia yang kini diselubungi oleh Naytiba. Anda juga akan diperkenalkan dengan mekanik gameplay yang akan membantu anda sepanjang anda progress dalam cerita game.
Demo Stellar Blade ini juga memanfaatkan ciri-ciri pada controller DualSense dengan haptic feedback. Selain itu, anda juga boleh mainkan game ini dengan 60fps yang lancar.
Kalau anda berjaya menyelesaikan demo ini, terdapat kejutan kecil untuk anda. Apakah kejutan tersebut? Kenalah mainkan demo ini nanti. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh membawa save data anda untuk game penuh yang akan lancar pada 26 April. Anda boleh mulakan pengembaraan anda pada checkpoint terakhir demo. Jadi pastikan save data ini tersimpan pada sistem PS5 anda.
Stellar Blade akan dilancarkan pada 26 April 2024 di PS5. Anda sudah boleh pra-tempah game ini sekarang. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game ini, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post