Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stella Sora – Aksi RPG Terbaru Oleh Yostar, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Stella Sora – Aksi RPG Terbaru Oleh Yostar, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Yostar secara rasmi mengumumkan RPG aksi bergaya anime terbarunya, Stella Sora, yang memperkenalkan pengalaman baharu dalam dunia cross-platform gaming.

Dijadualkan untuk pelancaran di PC, Android, dan iOS, para peminat yang tidak sabar boleh melakukan pra-pendaftaran di laman web rasmi Stella Sora.

Apa itu Stella Sora?

Stella Sora ialah RPG aksi top-down yang menggabungkan pertempuran menarik dengan penceritaan episodik. Berlatarbelakangkan dunia fantasi Nova, game ini menawarkan pengalaman unik dengan pengembaraan, cabaran rawak, dan visual yang memukau, membolehkan pemain menjelajah mengikut rentak mereka sendiri.

Kredit: Yostar

Dalam game ini, pemain akan mengambil peranan sebagai “Tyrant,” ditemani oleh New Star Guild, kumpulan tiga gadis berani dan karismatik. Bersama mereka, pemain akan menyelesaikan misteri Nova, bertemu rakan sekutu yang dikenali sebagai Trekkers, serta mengungkap rahsia tersembunyi di sebalik “Monoliths” dan “Artifacts” di dunia Nova.

Nova merupakan dunia di mana fantasi dan realiti bertemu, dibentuk oleh Artifacts canggih yang ditinggalkan oleh Monoliths purba.

Sepanjang perjalanan, pemain boleh membuat pilihan yang mempengaruhi jalan cerita, mengumpulkan Artifacts untuk meningkatkan pengalaman bermain, dan membina hubungan dengan Trekkers untuk menghadapi pengembaraan epik.

Kredit: Yostar

Stella Sora menyediakan sistem pertempuran yang cukup santai tetapi masih teruja. Dengan kombinasi mekanik auto-attack dan manual dodging, pemain dapat fokus pada strategi dan pembangunan watak sambil menikmati pertempuran pantas yang tidak dapat diramalkan.

Ciri-ciri utama lain termasuk:

  • Pembangunan Watak: Cipta sinergi unik antara watak, gear, dan talent untuk memaksimumkan potensi mereka.
  • Gameplay yang Sentiasa Berubah: Setiap pengembaraan membawa cabaran dan kejutan baharu, memastikan setiap sesi terasa segar.
  • Pertempuran Strategik: Nikmati pertempuran pantas yang memerlukan perancangan bijak dan reaksi pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi di stellasora.global.

Tags: Stella SoraYostar
ShareTweetSend
Previous Post

Lost Soul Aside Pamerkan Gameplay Baharu, Akan Tiba Pada 2025!

Next Post

EVANGELION STORE Raikan 20th Anniversary Dengan Barangan Eksklusif & Hadiah Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027
Berita

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2

June 6, 2026
Next Post
EVANGELION STORE Raikan 20th Anniversary Dengan Barangan Eksklusif & Hadiah Percuma!

EVANGELION STORE Raikan 20th Anniversary Dengan Barangan Eksklusif & Hadiah Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd