Steam Winter Sale rasminya bermula hari ini, dan bersamanya, ia membawa banyak diskaun hebat untuk beberapa game terkenal, termasuk yang baru sahaja keluar pada tahun ini. Bagi korang yang ingin menjimatkan duit dan sabar menunggu jualan terhad di Steam, inilah masanya untuk membelanjakan duit di Winter Sale!
Sebagai jualan terakhir di Steam, Winter Sale 2022 bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 5 Januari di mana beribu-ribu game dijual pada harga diskaun berbeza sehingga 90%. Daripada judul AAA, kepada bundle, hingga ke DLC – semuanya boleh didapati pada harga lebih murah. Pilihan pun banyak; ia terpulang kepada korang untuk mencari game yang sesuai dengan cita rasa masing-masing.
Di sini saya ingin mengesyorkan beberapa judul menonjol yang dikeluarkan pada tahun 2022:
- Elden Ring
RM199.00RM139.30 (-30%) - God of War
RM209.00RM125.40 (-40%) - Call of Duty Modern Warfare II
RM291.00RM247.35 (-15%) - Gotham Knights
RM205.00RM102.50 (-50%) - A Plague Tale: Requiem
RM129.00RM96.75 (-25%) - UNCHARTED Legacy of Thieves Collection
RM209.00RM146.30 (-30%) - Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
RM209.00RM156.75 (-25%)
Selain daripada game individu, kita juga boleh membeli bundle untuk sesebuah francais bagi merasakan pengalaman jalan cerita penuh. Bundle yang ditawarkan adalah seperti:
- The Witcher (hingga -25%)
- Dragon Ball (hingga -90%)
- Need for Speed (hingga -81%)
Pada masa yang sama, jangan lupa untuk sertai Steam Awards! Undi game yang korang rasa layak dalam 11 kategori berbeza dan selepas setiap undian, korang akan menerima satu “trading card” yang boleh dikumpul untuk dapatkan profile badge “Steam Awards Nomination Committee 2022”. Anda boleh undi bermula hari ini sehingga 3 Januari dan pemenang akan diumumkan pada hari yang sama.
Sila layari laman web rasmi Winter Sale untuk melihat apa yang ditawarkan!
@gamersantaimy
Discussion about this post