Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Next Fest (Feb 2025) Bermula Sekarang – Beratus Demo Game Terbaru Untuk Cuba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2025
in Artikel, Berita, Demo, PC, Steam
0 0
0
Steam Next Fest (Feb 2025) Bermula Sekarang – Beratus Demo Game Terbaru Untuk Cuba!
Share on FacebookShare on Twitter

Steam Next Fest edisi Februari 2025 kini berlangsung, membawa seminggu penuh dengan demo percuma bagi game-game terbaru daripada pembangun di seluruh dunia.

Acara berbilang hari ini, yang dianjurkan oleh Valve di platform Steam, meraikan masa depan dunia gaming PC dengan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba ratusan demo merangkumi pelbagai genre—daripada shooter aksi mendebarkan dan RPG yang menarik, sehinggalah simulasi santai dan projek indie inovatif.

Sepanjang acara ini, pemain boleh meneroka dan mencuba demo percuma, berbual secara langsung dengan pembangun, serta menyertai sesi livestream untuk mendapatkan pandangan eksklusif tentang game yang menarik perhatian mereka.

Sama ada anda seorang gamer tegar atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru, Steam Next Fest 2025 mengajak anda untuk menemui game-game yang berpotensi menjadi popular sebelum ia dilancarkan secara rasmi—dan jangan lupa untuk wishlist game yang anda suka!

Kredit: Steam

Antara game yang menarik perhatian tahun ini termasuk Mecha BREAK, game multiplayer third-person shooter dengan aksi darat dan udara yang penuh intensiti. Dune: Awakening pula membawa cabaran survival dalam dunia luas Arrakis, di mana pemain perlu bertahan bersama ratusan pemain lain.

Jika anda peminat RPG klasik, Gothic 1 Remake menawarkan prolog eksklusif yang membawakan pengalaman baharu kepada dunia ikonik ini. Untuk peminat aksi, The First Berserker: Khazan membolehkan anda berperanan sebagai seorang jeneral legenda yang berusaha untuk membalas dendam, manakala Tales of Seikyu memberikan pengalaman farming life-sim yang dipenuhi dengan keajaiban, pengembaraan, dan percintaan.

Kredit: Steam

Selain itu, demo lain yang patut diberi perhatian termasuk dunia pasca-apokalips Chernobylite 2: Exclusion Zone, tajuk spinoff strategi unik Beholder: Conductor, gameplay sosial deduksi realistik Among Us 3D, pengembaraan Metroidvania Gal Guardians: Servants of the Dark, military shooter PUBG: BLINDSPOT, pertarungan robot BREAK ARTS III, versi baharu bagi game klasik THE HOUSE OF THE DEAD 2: Remake, aksi platformer unik Rusty Rabbit, serta kulinari dililhamkan Asia Tenggara SEDAP! A Culinary Adventure.

Kredit: Steam

Bagi para pembangun, Steam Next Fest bukan sekadar peluang untuk mempamerkan projek mereka—ia juga ruang untuk berhubung terus dengan pemain dan mendapatkan maklum balas awal yang berharga. Akses kepada pendapat pemain sebenar membolehkan pembangun memperhalusi game mereka, membina komuniti yang setia, dan memastikan hasil akhir game berada dalam keadaan terbaik sebelum pelancaran rasmi.

Kredit: Steam

Jadi, tunggu apa lagi? Terokai demo, cuba game yang menarik perhatian anda, dan mulakan pengembaraan gaming baharu anda sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoSteam Next Fest
ShareTweetSend
Previous Post

James Gunn Berminat dengan Game DC Mirip Marvel Rivals, Juga Sahkan Game Baru dengan NetherRealm/Rocksteady

Next Post

Mecha Break Open Beta Dihujani Reviu Negatif Kerana Unsur Keseksualan?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Next Post
Mecha Break Open Beta Dihujani Reviu Negatif Kerana Unsur Keseksualan?

Mecha Break Open Beta Dihujani Reviu Negatif Kerana Unsur Keseksualan?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd