Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Machine Akan Dilancarkan 30 Jun Bermula RM4,300+: Inilah Anggaran Harga Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2026
in Artikel, Berita, Hardware, Konsol, PC, Steam, Teknologi
0 0
0
Steam Machine Akan Dilancarkan 30 Jun Bermula RM4,300+: Inilah Anggaran Harga Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Valve secara rasminya telah mendedahkan harga dan tarikh pelancaran untuk peranti hibrid konsol-PC, Steam Machine. Bakal berada di pasaran pada 30 Jun 2026, sistem gaming kompak ini merupakan usaha terbaharu Valve dalam membawakan pengalaman gaming PC terus ke ruang tamu rumah anda.

Steam Machine is here, and you can sign up now:

Steam Machine 512GB
Steam Machine 2TB

Plus bundled versions with Steam Controller
Learn more and sign up here: https://t.co/n6RlOy3wHd pic.twitter.com/8W42GfYo6n

— Valve (@valvesoftware) June 22, 2026

Bagaimanapun, perkakasan ini hadir dengan tanda harga yang agak tinggi. Model asas 512GB (tanpa controller) dijual pada harga $1,049 USD (sekitar RM4,343+), manakala model flagship 2TB yang didatangkan bersama Steam Controller dan dua faceplate tambahan berharga $1,428 USD (sekitar RM5,912+).

Tanda harga ini sebahagian besar berpunca daripada krisis kekurangan komponen global yang masih berterusan. Valve mengakui bahawa isu bekalan industri yang menjejaskan pembuatan memori dan storan memaksa mereka membatalkan rancangan asal untuk menawarkan peranti yang mesra poket, lalu menyebabkan harga meningkat.

Spesifikasi Dalaman

Reka bentuk Steam Machine sangat kompak, berbentuk kubus bersaiz sekitar 6 inci (160mm) yang mudah diletakkan di bawah TV mahupun di atas meja. Walaupun bersaiz mini, ia menawarkan prestasi setaraf PC desktop. Menurut Valve, sistem ini memiliki kuasa grafik sehingga enam kali ganda lebih kuat berbanding Steam Deck.

Kedua-dua model berkongsi spesifikasi prestasi dalaman yang sama:

  • CPU: Semi-custom AMD Zen 4 (6 Cores / 12 Threads, sehingga 4.8 GHz, 30W TDP)
  • GPU: Semi-custom AMD RDNA3 (28 Compute Units, 110W TDP)
  • RAM & VRAM: 16GB DDR5 RAM + 8GB GDDR6 VRAM khas
  • Sistem Operasi: SteamOS 3 (berasaskan Arch) dengan desktop KDE Plasma
  • Power Supply: Terbina dalam sepenuhnya (tiada lagi ‘power brick’ luar yang besar dan menyemakkan ruang)
  • Sambungan: Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3 (dengan antena khas), dan Gigabit Ethernet
  • Dimensi Fizikal: Tinggi 152 mm, dalam 162.4 mm, lebar 156 mm; Berat: 2.6 kg

Ciri-Ciri Utama

  • Kemudahan Konsol, Kebebasan PC: Menggunakan sistem operasi SteamOS, peranti ini menawarkan antaramuka pengguna seperti sebuah konsol gaming, malah direka mesra controller. Namun, memandangkan ia masih sebuah PC, anda bebas untuk memasang aplikasi desktop, melayari web, atau menukar ke sistem operasi lain sepenuhnya.
  • Steam Controller: Konsol ini dilengkapi adapter wayarles 2.4 GHz yang direka khusus untuk disambungkan terus kepada Steam Controller. Ia menyokong sehingga empat controller serentak tanpa memerlukan sebarang dongle USB luaran, dan anda juga boleh ‘mengejutkan’ konsol ini dari mod tidur terus dari sofa.
  • Jalur Lampu LED Boleh Laras: Bahagian depan casis mempunyai jalur cahaya dengan 17 lampu LED RGB yang boleh dilaraskan. Jalur ini bukan sahaja berfungsi untuk hiasan, malah boleh memaparkan status sistem—seperti kemajuan muat turun game semasa TV ditutup—atau disesuaikan dengan warna dan animasi pilihan anda.
  • Sistem Penyejukan Senyap: Valve memastikan sistem ini kekal sejuk dan berjalan senyap, walaupun ketika kita sedang memainkan game AAA yang berat.
  • Pilihan Port (I/O) yang Luas: Di bahagian hadapan, ada dua port USB-A 3.2, manakala bahagian belakang dilengkapi dua port USB-A 2.0, satu port USB-C 3.2, DisplayPort 1.4 (menyokong sehingga 8K pada 60Hz atau 4K pada 240Hz), serta port HDMI 2.0. Slot kad microSD berkelajuan tinggi juga disediakan untuk penambahan storan.

Cabaran buat Gamer di Malaysia

Bagi para gamer di Malaysia, usaha untuk mendapatkan Steam Machine memerlukan kesabaran tinggi serta bajet yang lebih besar. Memandangkan Valve tidak mengedarkan produk perkakasan mereka (seperti Steam Deck atau Steam Machine) secara rasmi ke pasaran lokal kita, pengguna di Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengedar pihak ketiga dan pengimport.

Kedai-kedai game tempatan perlu membawa masuk konsol ini dari pasaran luar yang mendapat pengedaran rasmi seperti AS, UK, atau Jepun. Ini bermakna pembeli di Malaysia perlu menghadapi kenaikan harga runcit yang tinggi bagi menampung kos penghantaran antarabangsa, cukai import, margin keuntungan, serta waranti kedai. Faktor bekalan global yang sangat terhad pada waktu pelancaran juga menandakan stok di Malaysia pasti amat sukar didapati pada peringkat awal.

Tags: Steam Machine
ShareTweetSend
Previous Post

Blind Box Monster Hunter Palico Akan Mula Jual Di POP MART Malaysia Bermula Minggu Ini

Next Post

Anime Klasik Higurashi: When They Cry Bakal Terima Adaptasi Anime Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Anime Klasik Higurashi: When They Cry Bakal Terima Adaptasi Anime Baru

Anime Klasik Higurashi: When They Cry Bakal Terima Adaptasi Anime Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd