Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Game Festival Summer Edition secara rasmi mula hari ini! Macam-macam game free!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, Steam, Teknologi
0 0
0
Steam Game Festival Summer Edition secara rasmi mula hari ini! Macam-macam game free!
Share on FacebookShare on Twitter

Steam Game Festival Summer Edition secara rasmi telah bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 22 Jun. Acara digital ini menampilkan pelbagai demo percuma, demonstrasi langsung daripada developer, dan banyak lagi. Tumpuan acara diberikan pada game indie. Bagi pengguna Steam, inilah cara yang bagus untuk mengenali studio indie baru, dan permainan video yang mereka usahakan!

The Steam Game Festival is on now, featuring over 900 playable demos, developer livestreams, and original developer interviews! ☀🎮🌿

From now til June 22nd, be among the first to demo some of the most highly anticipated games of the coming year!https://t.co/1jsaVhFXxG

— Steam (@Steam) June 16, 2020

Lebih daripada 900 demo percuma tersedia untuk pemain cuba. Harus diingat bahawa banyak permainan video mereka sedang dalam pembangunan, jadi mungkin ada beberapa masalah yang anda akan cuba. Namun, dengan beratus-ratus game untuk dicuba, anda pasti akan jumpa satu atau dua game yang boleh dinikmati!

Demo yang dipamerkan juga memberi peluang kepada pengguna untuk mengisi soal selidik dan sesi soal jawab akan diadakan sepanjang acara berlangsung. Ini membolehkan pengguna Steam bermain demo dan berinteraksi dengan pasukan yang menghasilkan permainan tersebut. Secara tidak langsung, mereka yang mengambil bahagian dapat membentuk masa depan permainan video yang dipamerkan!

Peningkatan game indie dalam industri telah memberi lebih banyak pilihan dan variasi untuk pemain. Dukacita, terlalu banyak game yang bagus kini tersedia di pelbagai pelantar, jadi mereka mempunyai masa yang sukar untuk mendapatkan pemain. Inilah fungsi Steam Game Festival yang memberi tumpuan kepada studio yang lebih kecil. Jika anda berminat untuk melihat apa yang ada, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: indiePCsteamSteam Game Festival Summer Edition
Previous Post

DLC Pokémon Sword & Shield “THE ISLE OF ARMOR” kini boleh didapati!

Next Post

Benamkan diri anda dalam dunia SCARLET NEXUS melalui treler misteri terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Benamkan diri anda dalam dunia SCARLET NEXUS melalui treler misteri terbaru!

Benamkan diri anda dalam dunia SCARLET NEXUS melalui treler misteri terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd