Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Wars: Visions akan kembali untuk musim kedua di Disney+ pada tahun 2023

safwan by safwan
May 30, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Star Wars: Visions akan kembali untuk musim kedua di Disney+ pada tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan acara Star Wars Celebration yang telah berakhir baru-baru ini, Star Wars mengumumkan musim kedua bagi Star Wars: Visions. Ianya akan mula ditayangkan pada suku pertama tahun 2023 secara eksklusif di Disney+.

#StarWarsVisions returns. Volume 2 streaming Spring 2023, only on @DisneyPlus. pic.twitter.com/zCAlj8lBiv

— Star Wars (@starwars) May 29, 2022

Kepada anda yang tidak tahu mengenai Star Wars: Vision, rancangan televisyen ini merupakan anime pertama dalam francais Star Wars dan telah mula ditayangkan pada tahun lalu. Musim pertama Star Wars: Visions ialah siri antologi sembilan episod yang dikeluarkan pada September 2021.

Setiap episod menceritakan kisah-kisah dari seluruh galaksi dan merentasi pelbagai tempoh masa alam semesta yang luas dengan studio anime yang terkenal sebagai peneraju, setiap satu membawa bakat dan gaya mereka sendiri ke dalam anime ini.

Studio ini termasuk Studio Trigger (Kill la Kill), Science Saru (Devilman Crybaby), Kamikaze Douga (opening untuk JoJo’s Bizarre Adventure), Studio Colorado (A Whisker Away), Kinema Citrus (Made In Abyss), Geno Studio (Golden Kamuy), dan Production IG (Haikyu!!).

Namun, masih tidak mempunyai sebarang berita mengenai penambahan atau pengurangan studio untuk membangunkan musim kedua ini buat masa kini. Tetapi jangkaan untuk mendapat cerita baharu adalah sangat tinggi. Setiap episod akan mempunyai gaya yang unik daripada pelbagai studio.

Untuk menonton musim pertama, anda boleh pergi ke Disney+ dan layan semua episod siri anime ini. Setiap episod mempunyai tempoh yang berlainan. Episod paling panjang adalah selama 22 minit manakala episod paling pendek adalah selama 13 minit.

Seperti yang anda boleh bayangkan, peminat tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana antologi anime ini berkembang dalam Star Wars dengan musim baharu. Star Wars: Visions ini hanyalah salah satu daripada banyak pengumuman yang datang dari Star Wars Celebration minggu lalu.

Dari keluaran Obi-Wan Kenobi kepada Star Wars: Tales of the Jedi, nampaknya francais Star Wars sedang sibuk membuat beberapa projek dan Star Wars Visions musim kedua akan menambahkan lagi kesibukan francais ini.

Star Wars: Visions

Jadi, apa pendapat anda tentang musim kedua Star Wars: Visions? Adakah ia akan berjaya tarik lebih banyak tumpuan dari sebelum ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita mengenai Star Wars, sila klik pautan ini.

Tags: Star Wars CelebrationStar Wars: Visions
Previous Post

Game MMORPG ‘Elyon’ tersedia untuk pra-daftar, peluang memenangi banyak hadiah premium

Next Post

PMPL SEA Championship Spring 2022 akan berlangsung di Bukit Jalil Exhibition Centre – Siapa yang bertanding?

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
PMPL SEA Championship Spring 2022 akan berlangsung di Bukit Jalil Exhibition Centre – Siapa yang bertanding?

PMPL SEA Championship Spring 2022 akan berlangsung di Bukit Jalil Exhibition Centre - Siapa yang bertanding?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd