Pada 5 Feburari, syarikat Square Enix telah menerima sebuah email, yang dihantar kepada alamat salah satu game yang diterbit oleh mereka. Email itu bertulis:
“Pekerja Square Enix! Esok, saya akan bunuh awak! Basuh leher anda dan tunggu!”
Ayat terakhirnya mungkin pelik tetapi ini ialah ancaman yang biasa dan sangat old-school di Jepun. Pada era dahulu, samurai memang akan pancung kepala musuh. Jika samurai itu dibunuh oleh musuh, sudah tentu pembunuh itu akan pancung kepala anda dan menunjuk kepada Tuannya sebagai bukti sumbangannya di medan perang. Sudah tentu kepala yang dipancung itu harus ditampilkan dalam keadaan kemas dan tidak kotor. Kerana hal ini, “Basuh leher anda” atau variasinya, bermaksud “Saya akan bunuh awak.”
Selepas menerima email tersebut, Square Enix telah ketatkan sekuriti di pejabat mereka dan menghubungi Tokyo Metropolitan Police Shinjuku Precint tentang hal ini. Pihak polis mengumumkan bahawa pencarian ini membawa mereka kepada penangkapan seorang lelaki berusia 25 yang tinggal di bandar Yoshinogawa di wilayah Tokushima. Lelaki itu, yang bekerja di industri nursing care, telah ditangkap pada 29 Mac, dan mengaku bahawa beliau yang menghantar email. Pasti korang nak tahu kan apa masalah dia dengan Square Enix kan? Jawapannya ialah mechanic loot box/ gacha yang rambang. “Saya telah belanja lebih daripada 200,000 yen (RM7348) tetapi tidak mendapat item yang saya mahu, jadi saya hantar email itu sebagai balas dendam.” kata lelaki itu kepada penyiasat.
Tidak jelas jika lelaki itu benar-benar ada niat untuk buat perkara yang disebut, tetapi memandangkan dia tidak muncul pada hari yang ditetapkan untuk “membunuh”, bermaksud misi balas dendamnya hanyalah setakat ingin menakutkan pekerja Square Enix sahaja. Itu pun sudah cukup untuk membuat ada dihumban penjara. Beliau kini disabit kesalahan ugutan maut dan menghalang operasi business.
Malangnya, ini bukan kali pertama Square Enix menerima email seperti ini daripada pemain yang tidak puas hati. Sejak Septermber tahun lepas, syarikat Square Enix menerima lebih daripada 30 mesej, dengan kebanyakan megandungi ayat “Saya akan bunuh awak/pekerja anda!” dan polis sehingga kini masih mencari dalang-dalang yang bahaya ini.
Sumber –SoraNews24
@gamersantaimy
Discussion about this post