2020 hampir berakhir dan ramai yang menantikan apa yang akan keluar pada 2021. Menurut wawancara baru-baru ini dengan beberapa pemaju daripada Square Enix, nampaknya tahun 2021 akan menjadi tahun yang besar bagi syarikat tersebut.
Untuk tahun 2020, Final Fantasy 7 Remake akhirnya dilancarkan pada bulan April lalu kepada kejayaan kritikal dan komersial, dan Nier: Automata memperoleh pencapaian baru daripada segi penjualan setelah tiga tahun dilancarkan. Sebaliknya, Square Enix juga melancarkan Marvel’s Avengers, yang menerima respon lemah lalu menyebabkab syarikat kehilangan lebih daripada 6.5 bilion pada tahun 2020.
Menjelang tahun 2021, majalah terkenal Jepun Famitsu berpeluang menemuramah beberapa pemaju daripada Square Enix, dan bertanya kepada mereka tentang permainan apa yang sedang diusahakan untuk tahun 2021 dan seterusnya.
Yang pertama ditemuramah adalah penerbit Final Fantasy 14 dan 16, Naoki Yoshida, yang memberitahu bahawa banyak perkara yang peminat boleh berharap untuk kedua-dua permainan. Namun, dia memilih untuk tidak menceritakan tentang Final Fantasy 16 yang bakal diluncurkan pada tahun 2021.
Penerbit Final Fantasy 7 Remake, Yoshinori Kitase, mengesahkan bahawa sekuelnya sedang dalam pengembangan, tetapi menyuruh untuk tidak mengharapkan maklumat lanjut pada tahun 2021. Ini mengesahkan bahawa dia akan mengerjakan siri ini selepas 2021.
Penerbit siri Nier, Yosuke Saito, mengatakan bahawa siri ini akan berterusan, dan memberitahu bahawa dia teruja untuk mendedahkan lebih banyak tentang Replicant ver.1.22474487139 pada tahun depan sebelum keluarannya pada April. Gameplay baru telah didedahkan pada awal bulan ini di The Game Awards, yang menampilkan lebih banyak gameplay ikonik daripada siri. Saito juga merupakan producer di Babylon’s Fall, sebuah kolaborasi antara Square Enix dan Platinum Games, di mana lebih banyak maklumat akan didedahkan pada tahun 2021.
Producer lain yang ditemu ramah termasuk Tomoya Asano daripada Bravely Default 2 dan Masashi Takahashi daaripada Octopath Traveler, yang ingin menjelaskan lebih banyak tentang permainan mereka yang akan datang, tetapi memilih untuk berahsia buat masa ini. Penerbit siri Dragon Quest, Noriyoshi Fujimoto juga ingin memberitahu sesuatu yang penting untuk ulang tahun ke-35 Dragon Quests pada tahun 2021. Secara keseluruhan, memang banyak yang boleh peminat nantikan daripada Square Enix.
Sumber – Twinfinite
@gamersantaimy
Discussion about this post