One Piece bab 1066 dimulakan dengan jeritan daripada krew Straw Hat yang terkejut dengan jawapan Shaka. Siapa sangka pulau yang canggih seperti Egghead Island pernah wujud pada 900 tahun lepas. Dia teruskan penjelasannya bahawa terdapat individu pada masa lalu yang menghabiskan masanya pada arkeologi.
Individu tersebut merupakan individu sama yang mewujudkan kerajaan penuh dengan barang-barangan masa hadapan. Dikatakan bahawa dakwaan ahli arkeologi itu sangat tepat dengan zaman ketika mesin tersebut dibuat. Robin cepat memahami dengan penjelasan Shaka, kemudian bertanya sama ada zaman yang Shaka maksudkan ialah Void Century. Soalan Robin tersebut mengejutkan Shaka serta krewnya dan membuatkan dia teringat tentang kampung Robin yang dimusnahkan oleh Buster Call oleh pihak Navy.
Shaka kemudiannya menceritakan tentang apa itu Void Century dan bagaimana 20 kerajaan pada masa lalu mampu memenangi perang lalu membangunkan World Government yang dikenali sehingga masa sekarang. Untuk memastikan tiada siapa tahu tentang kerajaan zaman dulu, World Government telah menghapuskan segala bukti.
Dia memberitahu jika ada individu atau organisasi yang mempunyai pengetahuan tentang Void Century walaupun sedikit akan dihapuskan serta merta.
Di pertengahan bab ini kita dapat lihat rupa Dr. Vegapunk dan Monkey D. Dragon pada 22 tahun lepas, sebulan selepas Ohara dihapuskan. Mereka berdua merupakan rakan kenalan Clover, penjaga perpustakaan di Ohara dan juga guru kepada Robin.
Buku-buku yang digunakan oleh para pengkaji telah diselamatkan oleh gergasi daripada Elbaf. Dr. Vegapunk mengambil kesempatan tersebut untuk mengembara ke Elbaf dan kemudian memperoleh pengetahuan tentang misteri dunia yang telah diterjemahkan oleh pengkaji Ohara. Dia juga memberitahu Robin bahawa Jaguar D. Saul, gergasi yang menolongnya kini masih hidup dan sedang menyembunyikan diri.
Adegan berubah ke Luffy di mana dia berada di hadapan gergasi besi yang sudah berkarat. Dia dan Chopper sedang memberi arahan kepada gergasi tersebut untuk bergerak apabila tiba-tiba terdapat bunyi letupan yang kuat daripada gegasi tersebut. Terdapat seorang lelaki tua pelik yang muncul di dada gergasi itu. Ternyata bahawa lelaki tua tersebut ialah Dr. Vegapunk yang sebenar.
Discussion about this post