Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Split Fiction – Disahkan untuk Steam Deck, Spesifikasi PC & Banyak Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2025
in Adventure, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Steam, Steam Deck, Xbox Series X|S
0 0
0
Split Fiction – Disahkan untuk Steam Deck, Spesifikasi PC & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum pelancaran Split Fiction pada 6 Mac 2025, Hazelight Studios telah berkongsi maklumat menarik mengenai ciri teknikal game ini, termasuk keperluan sistem PC, pengesahan Steam Deck, sokongan cross-play, dan pilihan kebolehcapaian.

Sama ada anda merancang untuk bermain di PC, atau Steam Deck, berikut adalah semua yang perlu anda tahu sebelum memulakan pengembaraan co-op ini.

Disahkan untuk Steam Deck & Sokongan Steam Native

Split Fiction secara rasmi disahkan untuk Steam Deck, memastikan prestasi lancar di peranti mudah alih Valve. Game ini juga Steam Native, yang bermaksud ia boleh dimainkan terus melalui Steam tanpa memerlukan aplikasi EA. Namun, jika anda ingin bermain secara cross-play (seperti bersama rakan di Xbox atau PlayStation), anda perlu memiliki akaun EA percuma.

Dengan sokongan Steam Cloud Save, anda boleh bertukar antara bermain di PC dan Steam Deck dengan mudah—mulakan game di PC, save kemajuan anda, dan sambung bermain di Steam Deck tanpa sebarang gangguan.

Keperluan Sistem PC

Sebelum meneroka dunia sains fiksyen dan fantasi Split Fiction, pastikan PC anda memenuhi spesifikasi berikut:

Keperluan Minimum (1080p, 30 FPS, Low Settings)

  • CPU: Intel Core i5-6600K / AMD Ryzen 5 2600K
  • Memori: 16 GB RAM
  • Grafik: NVIDIA GeForce GTX 970 (4GB) / AMD Radeon RX 470 (4GB)
  • DirectX: Versi 12
  • Storan: 85 GB ruang kosong

Keperluan Disyorkan (1440p, 60 FPS, High Settings)

  • CPU: Intel Core i7-11700K / AMD Ryzen 7 5800X
  • Memori: 16 GB RAM
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 3070 (8GB) / AMD Radeon 6700 XT (12GB)
  • DirectX: Versi 12
  • Storan: 85 GB ruang kosong
Kredit: EA

Sokongan Skrin Ultra Lebar

Bagi pemain di PC, Split Fiction akan menyokong resolusi ultrawide (21:9 dan 32:9), membolehkan pengalaman gaming yang lebih imersif dengan sudut pandangan yang lebih luas.

Kredit: EA

Pilihan Kebolehcapaian (Accessibility)

Hazelight Studios telah memperkenalkan pelbagai ciri kebolehcapaian bagi memastikan Split Fiction dapat dinikmati oleh semua pemain. Antara pilihan yang disediakan termasuk:

  • Sarikata dengan latar belakang opsyenal
  • Kapsyen tertutup
  • Checkpoint boleh langkau untuk bahagian yang sukar
  • Input yang dipermudahkan untuk aksi menekan butang berulang atau putaran analog
  • Damage modifier untuk mengurangkan kekuatan serangan musuh
  • Aim dot tetap untuk membantu membidik
  • Kawalan boleh diubah suai, termasuk button mapping dan pertukaran analog kiri dan kanan
  • Sensitiviti kamera boleh dilaras

Split Fiction akan dilancarkan pada 6 Mac 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Split Fiction
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds Title Update 1 Akan Datang April 2025 – Apakah Isinya?

Next Post

Honor of Kings Invitational S3 – Wakil Malaysia ‘Nova Esports’ Bertemu Nongshim RedForce di Grand Final!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Honor of Kings Invitational S3 – Wakil Malaysia ‘Nova Esports’ Bertemu Nongshim RedForce di Grand Final!

Honor of Kings Invitational S3 - Wakil Malaysia 'Nova Esports' Bertemu Nongshim RedForce di Grand Final!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd