Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man dapat manga baharu, dilukis oleh pasukan My Hero Academia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Spider-Man dapat manga baharu, dilukis oleh pasukan My Hero Academia
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan tayangan filem animasi Spider-man: Across the Spider-Verse, Shounen Jump, Sony Entertainment dan Marvel bakal mengeluarkan manga spin-off baharu berdasarkan penjahat ikonik Doctor Octopus!

Kredit: Shueisha

Manga spin-off ini akan ditulis dan dilukis oleh Hideyuki Furuhashi dan Betten Court; kedua-duanya pengarang kepada siri spin-off “My Hero Academia: Vigilantes“. Dengan kerjasama Sony Entertainment dan Marvel, manga itu diberi tajuk “Spider-man: Octopus Girl” dan bakal dikeluarkan pada 20 Jun 2023, melalui aplikasi Shounen Jump+.

Tidak banyak info didedahkan menurut sumber tetapi manga ini menggabungkan tema superhero dan isekai serta direka khusus untuk filem animasi baru Spider-Verse sebagai media berkaitan langsung.

Kredit: Shueisha

Sinopsisnya adalah seperti berikut:

“Manga Spider-man: Octopus Girl mengikuti kisah salah seorang penjahat paling ikonik dalam francais Spider-man iaitu Doctor Octopus, dalam cerita bertemakan isekai. Selepas sedar daripada koma, Doctor Octopus mendapati dirinya terperangkap dalam badan seorang gadis sekolah menengah Jepun bernama Otoha Okutamiya dan perlu berhadapan dengan Spider-Man dari dunia sana.”

Hideyuki Furuhashi dan Betten Court, yang terkenal dengan karya My Hero Academia: Vigilantes, telah menerima banyak pujian kerana kebolehan mereka untuk bercerita dan gaya seni menarik. Harap-harap duo itu dapat menyampaikan perspektif unik mereka dan memberi nafas baharu kepada dunia Spider-Verse.


Filem animasi Spider-Man: Across the Spider-Verse kini ditayangkan di Malaysia! Jangan lupa tonton jika ada peluang.

Selepas bersatu semula dengan Gwen Stacy, Spider-Man merentasi Multiverse, di mana dia bertemu dengan Spider Society, sebuah pasukan Spider-People yang bertanggungjawab melindungi kewujudan Multiverse. Tetapi apabila wira bertelagah tentang cara-cara menangani sebuah ancaman baharu, Miles mendapati dirinya terpaksa bertarung dengan Spider-People lain dan harus bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang yang paling dia sayang.

“Sesiapa sahaja boleh memakai topeng – cara anda memakainya yang menjadikan anda seorang wira.”

Sinopsis

Baca segala liputan kami tentang Spider-Man di SINI.

Tags: filemmangaSpider-Man
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime Terbaharu Studio Ghibli Tidak Akan Ada Trailer Sehingga Filem Ditayangkan!

Next Post

[Khabar angin] Barisan Pelakon untuk Filem Live Action My Hero Academia Tersebar di Media Sosial!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Khabar angin] Barisan Pelakon untuk Filem Live Action My Hero Academia Tersebar di Media Sosial!

[Khabar angin] Barisan Pelakon untuk Filem Live Action My Hero Academia Tersebar di Media Sosial!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd