Hari ini, Sony telah mendedahkan tiga peranti gaming baharu yang bakal ditambah ke pasaran pada masa akan datang. Secara khususnya, Sony mengumumkan PlayStation Portal: peranti remote player untuk PS5, Pulse Explore: earbud wayarles pertama oleh syarikat, dan Pulse Elite: headset wayarles over-the-ear terbaru. Pada masa yang sama, mereka turut memperkenalkan teknologi wayarles PlayStation Link yang direka untuk menyampaikan audio lossless pada latency rendah.
Malangnya, butiran tentang harga tempatan, tarikh keluaran rasmi dan prapesanan tidak diberitahu tetapi Sony janji akan berkongsi info pada masa hadapan.
PlayStation Portal
Remote player PlayStation Portal membawakan pengalaman PS5 ke tangan anda. Peranti ini dilengkapi dengan ciri utama controller wayarles DualSense, termasuk adaptive trigger dan haptic feedback. Skrin LCD 1080p-nya berukuran 8-inci dan menyokong sehingga 60fps, untuk memberikan pengalaman visual definisi tinggi bagi game AAA anda.
Bak kata Sony, Portal PlayStation ialah peranti yang sesuai untuk pemain di rumah yang perlu berkongsi TV di ruang tamu keluarga atau hanya mahu bermain PS5 di bilik lain. Portal PlayStation akan bersambung ke PS5 anda melalui Wi-Fi, jadi anda boleh beralih daripada konsol ke Portal PlayStation dengan pantas.
Portal PlayStation boleh bermain game yang dalam konsol PS5 dan menggunakan controller Dualsense. Ia juga termasuk bicu audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar. Malangnya, game PS VR2 yang memerlukan headset dan game yang dimainkan melalui cloud streaming PlayStation Plus Deluxe tidak disokong.
Pulse Elite dan Pulse Explore
Pulse Elite dan Pulse Explore ialah headset dan earbud wayarles terkini oleh PlayStation, yang membawa prestasi audio lebih tinggi kepada pengalaman gaming anda. Kedua-dua Pulse Elite dan Pulse Explore akan menjadi peranti audio PlayStation pertama yang menggunakan planar magnetic driver untuk pengalaman audio berkelas tinggi yang biasanya ditemui dalam headset premium.
Pulse Elite ialah headset wayarles baharu Sony yang menawarkan audio jenis lossless dan dilengkapi dengan boom mic yang boleh ditarik balik dan ciri noise rejection dipertingkat AI yang mampu menapis bunyi latar belakang. Headset ini juga disertakan bersama charging hanger untuk pilihan pengecasan dan penyimpanan yang mudah.
Pulse Explore pula ialah earbud wayarles pertama oleh syarikat, dan menyediakan pengalaman audio mudah alih premium dengan dwi mikrofon dan ciri noise rejection dipertingkat AI yang mampu menapis bunyi latar belakang. Ia juga menawarkan audio jenis lossless dan didatangkan dengan charging case.
Teknologi audio PlayStation Link
Pulse Elite dan Pulse Explore berhubung terus dengan Portal PlayStation dengan memanfaatkan teknologi audio wayarles baharu PlayStation Link. Inovasi ini memberikan latency rendah, audio jenis lossless dan penukaran mudah antara pelbagai hos PlayStation Link seperti PS5 dengan USB adapter dan PlayStation Portal.
Apabila menggunakan Pulse Elite dan Pulse Explore dengan PS5, USB adapter yang disertakan dengan setiap headset dan earbud diperlukan untuk PlayStation Link. USB adapter USB PlayStation Link juga akan dijual secara berasingan sebagai item kendiri, dan boleh digunakan pada PC dan Mac, jadi pemain boleh menyambungkan Pulse Elite atau Pulse Explore untuk mengalami audio lossless dan latency rendah yang sama.
Pulse Elite dan Pulse Explore boleh menyambung secara serentak ke peranti yang disokong PlayStation Link (PS5, PC, Mac atau Portal PlayStation) dan peranti yang disokong Bluetooth.
Contohnya, Pulse Explore boleh disambungkan ke PS5 (melalui USB adapter) menggunakan PlayStation Link dan juga ke smartphone melalui Bluetooth pada masa yang sama. Semasa bermain di PS5, pemain boleh menjawab panggilan serta-merta dan mendengarnya melalui earbud Pulse Explore.
Seperti saya kata tadi, butiran tentang harga tempatan, tarikh keluaran rasmi dan prapesanan di Malaysia tidak diberitahu tetapi Sony janji akan berkongsi info pada masa hadapan. Untuk membaca segala liputan kami tentang produk PlayStation, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post