Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fan Screening ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ Bermula 13 Ogos – Tiket Kini Dibuka Dengan Cenderahati Eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Fan Screening ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ Bermula 13 Ogos – Tiket Kini Dibuka Dengan Cenderahati Eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk semua peminat siri anime popular, Demon Slayer! Sila tandakan kalendar anda kerana Golden Screen Cinemas (GSC) akan mengadakan fan screening eksklusif selama satu hari sahaja untuk filem yang paling dinantikan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle pada hari Rabu, 13 Ogos 2025.

Filem ini merupakan bahagian pertama daripada trilogi yang akan mengakhiri keseluruhan siri anime Demon Slayer. Diarahkan oleh Haruo Sotozaki dan diterbitkan oleh studio terkenal, Ufotable, ia diadaptasi daripada arc “Infinity Castle” dalam manga asal karya Koyoharu Gotouge.

Filem ini akan membawa penonton mengikuti perjalanan Tanjiro Kamado dan Demon Slayer Corps yang terperangkap di dalam Infinity Castle. Di sana, mereka bakal berdepan pertempuran akhir yang epik menentang Muzan Kibutsuji, bersama saki-baki Iblis Upper Rank.

Tickets are officially on sale for #DemonSlayer: Kimetsu no Yaiba – Infinity Castle! 🎟

🔥 Witness the ultimate battle brought to life in our premium formats:
✨ Aurum Theatre
✨ Velvet Cinemas by GSC
✨ #IMAX • #4DX • #DolbyAtmos • #MX4D • #DBox • #Onyx • #Premiére •… pic.twitter.com/fZr1xNQITF

— GSC (@GSCinemas) July 28, 2025

Tayangan istimewa ini menjanjikan pengalaman sinematik yang premium dalam format IMAX dan 4DX. Setiap tiket didatangkan dengan pakej cenderahati koleksi edisi terhad. Selain itu, sebuah acara yang lebih eksklusif, iaitu “Ultimate Fan Gathering”, turut dianjurkan di Aurum Theatre, The Exchange TRX.

Fan screening di Seluruh Negara: IMAX, 4DX, BIG & MAXX

Penonton yang membeli tiket untuk fan screening pada 13 Ogos di cawangan GSC terpilih berpeluang menebus pakej koleksi eksklusif ini.

🔥 Second Wave Incoming! 🔥

Be the FIRST in Malaysia to experience #DemonSlayer: Kimetsu no Yaiba – Infinity Castle in #IMAX or #4DX, happening on 13 August 2025 | 12AM at selected GSC locations! 🇲🇾

✨ IMAX Package Includes:
🎟️ 1x IMAX Movie Ticket (includes food & drinks)
🎁… pic.twitter.com/SRikEBR0Fd

— GSC (@GSCinemas) July 27, 2025
  • Pakej IMAX: Merangkumi 1 tiket wayang IMAX, 1 poster filem IMAX saiz A3, dan 4 tiket koleksi GSC (rekaan rawak daripada 13 pilihan).
    • Lokasi IMAX: GSC IOI City Mall 2 (Putrajaya), GSC KL East Mall, dan GSC The Mall, Mid Valley Southkey (JB).

  • Pakej 4DX: Merangkumi 1 tiket wayang 4DX, 1 poster filem saiz A3, dan 2 pin lencana GSC (rekaan rawak daripada 12 pilihan).
    • Lokasi 4DX: GSC IOI City Mall 1 (Putrajaya), GSC LaLaport BBCC, GSC 1 Utama, GSC Paradigm JB, dan GSC MidValley Southkey (JB).

🔥 NEW HALLS ADDED! 🔥

Be among the FIRST in Malaysia to experience #DemonSlayer: Kimetsu no Yaiba – Infinity Castle in GSC BIG Hall, happening 13 August 2025 | 12AM at selected GSC locations! 🇲🇾⚔️

✨ BIG Package Includes:
🎟️ 1x BIG Movie Ticket
🎁 2x GSC Exclusive Collectible… pic.twitter.com/MkEZGqkSIK

— GSC (@GSCinemas) July 29, 2025
  • Pakej BIG & MAXX: Merangkumi 1 tiket wayang BIG atau MAXX, 1 poster filem saiz A3, dan 2 tiket koleksi GSC (rekaan rawak daripada 13 pilihan).
    • Lokasi BIG: GSC 1 Utama, GSC LaLaport BBCC, GSC Paradigm JB.
    • Lokasi MAXX: GSC IOI City Mall 1 (Putrajaya).

Ultimate Fan Gathering di Aurum Theatre, The Exchange TRX

Khas untuk peminat tegar, GSC mempersembahkan Demon Slayer: Infinity Ultimate Fan Gathering di pawagam mewahnya, Aurum Theatre. Pakej istimewa ini menawarkan pengalaman premium dengan tempat duduk selesa, hidangan makanan dan minuman, serta barangan koleksi yang lebih hebat.

🔥 Be the FIRST in Malaysia to join the ultimate #DemonSlayer fan gathering and witness Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Infinity Castle in #IMAX or 2D on 13 August 2025 | 12AM at Aurum Theatre, The Exchange TRX! 🇲🇾

✨ IMAX Package Includes:
🎟️ 1 Movie Ticket (includes food &… pic.twitter.com/VNBwQPuQ6S

— GSC (@GSCinemas) July 27, 2025
  • Pakej IMAX (RM130): Termasuk 1 tiket IMAX berserta makanan & minuman, 1 poster filem IMAX saiz A3, 4 pin lencana GSC (rekaan rawak), 1 cawan double wall Demon Slayer, serta popcorn dan minuman ringan tanpa had.

  • Pakej 2D ScreenX (RM100): Termasuk 1 tiket 2D ScreenX berserta makanan & minuman, 1 poster filem saiz A3, set penuh kesemua 13 rekaan tiket koleksi GSC, 1 cawan double wall Demon Slayer, serta popcorn dan minuman ringan tanpa had.

🔥 NEW HALLS ADDED (AGAIN)! 🔥

Be among the FIRST in Malaysia to experience #DemonSlayer: Kimetsu no Yaiba – Infinity Castle in @MyMaybank Comfort Cabin or Escape Studio, happening at 12AM | 13 August 2025 exclusively at #AurumTheatre,The Exchange #TRX! 🇲🇾⚔️

✨ Package… pic.twitter.com/h1tGyosR3X

— GSC (@GSCinemas) July 29, 2025
  • Pakej Maybank Comfort Cabin / Escape Studio (RM200): Termasuk 1 tiket berserta makanan & minuman, 1 poster filem saiz A3, set penuh kesemua 13 rekaan tiket koleksi GSC, 1 cawan double wall Demon Slayer, serta popcorn dan minuman ringan tanpa had.

Cara Membeli

Tiket untuk semua fan screening Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle boleh dibeli melalui laman web GSC, aplikasi GSC, atau di e-Kiosk cawangan pawagam yang terlibat. Pastikan anda menempah tiket lebih awal untuk menjamin tempat duduk dan barangan koleksi eksklusif anda!

Selepas acara khas ini, Demon Slayer: Infinity Castle akan ditayangkan secara rasmi di seluruh negara bermula Khamis, 14 Ogos 2025.

Tags: Demon Slayer: Infinity Castle
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Umum FlexStrike, Fight Stick Wayarles Pertama Mereka Untuk PS5 & PC, Bakal Tiba 2026!

Next Post

Menjawab Kritikan Pemain, Capcom Awalkan Update Endgame Monster Hunter Wilds!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Menjawab Kritikan Pemain, Capcom Awalkan Update Endgame Monster Hunter Wilds!

Menjawab Kritikan Pemain, Capcom Awalkan Update Endgame Monster Hunter Wilds!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd