Kalau kita bercakap tentang industri filem, animasi adalah antara kuasa besar dalam pasaran dan nampaknya Sony Pictures sedang bersungguh-sungguh mencurahkan idea untuk projek seterusnya. Dengan mengambil inspirasi daripada genre K-pop dan anime terkenal seperti Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, Sony Pictures Animation kini dalam proses menghasilkan filem tentang kumpulan K-pop yang memburu iblis. Memang tidak sangka!
Training for the big debut. K-Pop: Demon Hunters is currently in development at Sony Animation.
This film follows a world-renowned K-Pop girl group as they balance their lives in the spotlight with their secret identities as badass demon hunters. pic.twitter.com/sFScsOqMN5
— Sony Pictures Animation (@SonyAnimation) March 8, 2021
“Setelah menjadi peminat kepada genre ini sejak awal tahun 90-an, filem ini adalah surat cinta saya kepada K-Pop dan asal-usul Korea saya. Filem ini merangkumi dan meraikan segalanya tentang K-Pop – ini adalah filem yang saya ingin lihat sebagai peminat seumur hidup dan saya berharap berjuta-juta peminat K-Pop di seluruh dunia akan merasakan perkara yang sama.” -kata Kang dalam sebuah pernyataan.
Untuk Appelhans, pengarah bersama tersebut memberitahu bahawa dia selalu bersemangat untuk menunjukkan betapa kuatnya sebuah komuniti. Sudah tentu, muzik dan K-pop tidak terkecuali, dan dia sangat untuk bekerja dengan Kang dalam projek ini.
“[Saya] sentiasa ingin membuat filem tentang kekuatan muzik – untuk menyatukan, membawa kegembiraan, membina komuniti. K-Pop adalah lambang terbesar untuk perkara ini sepanjang hidup kita, dan kami sangat teruja untuk menghormati dan mempamerkannya melalui kaca animasi.” -kata Appelhans.
The story is an homage to Director Maggie Kang’s Korean roots and her die-hard love of K-Pop.
Directors: Maggie Kang, Chris Appelhans
Producer: Aron Warner
Production designer: Mingjue Helen Chen
Art director: Ami Thompson— Sony Pictures Animation (@SonyAnimation) March 8, 2021
Pada masa ini, tarikh tayangan rasmi tidak ditetapkan, tetapi ramai peminat sudah bersedia untuk menonton filem ini. Beberapa rekaan seni telah didedahkan untuk netizen, dan gaya memang mengagumkan.
Kumpulan K-pop ini kelihatan sangat cantik ketika mereka berdiri di atas pentas di hadapan stadium yang sesak, tetapi nampaknya banyak lagi perkara yang mereka perlu bimbang mengingati lirik lagu atau koreografi. Masalah terbesar datang kepada iblis yang menyelinap masuk ke dalam konsert, dan ia terserah kepada kumpulan K-Pop ini untuk menyelamatkan semua orang.
Apa pendapat anda tentang filem K-pop memburu iblis ini? Adakah filem anime ini menarik minat korang? Jom kongsi pendapat dengan saya di bahagian komen sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post