“Hari ini saya teruja untuk mendedahkan Sony Interactive Entertainment telah rasminya menjual lebih daripada 525.3 juta unit sistem Playstation di seluruh dunia!”
Itulah ungkapan pertama oleh Senior Vice President Eric Lampel tentang kejayaan Sony dengan terjual nya lebih dari 500 juta unit Playstation, dan bersempena dengan kejayaan ini mereka ingin berterima kasih kepada kipas susah mati konsol Playstation dengan memperkenalkan PS4 Pro 500 Juta Edisi Terhad.
Dengan mempamerkan warna lut biru gelap yang menawan untuk konsol dan dipadankan dengan Dualshock 4 Wireless Controller, Kamera PlayStation, Vertical stand dan mono headset, ia juga di datangkan dengan 2TB cakera keras yang sangat berguna untuk korang menyimpan pelbagai games, musik, gambar, video dan bermacam – macam lagi! Wow, besarnya. Harga runcit yang disarankan adalah $499.99 USD (anggaran RM2034.86 MYR)/ $639.99 CAD (anggaran RM1998.02 MYR), dan ianya terhad untuk 50,000 unit sahaja seluruh dunia.
Selain dari itu, setiap dari sistem akan mempunyai perincian plat di hadapan dengan ukiran nombor siri edisi terhad di hadapan konsol. Sony juga mengatakan , sesiapa yang bertuah mereka juga menyediakan beberapa perkakasan ‘extra special ‘ untuk nombor siri yang mempunyai perincian peristiwa penting dalam sejarah PlayStation, jadi guys kalau korang beli tips dia usha nombor siri yang istimewa ni, contohnya 09995 (Tarikh pelancaran U.S untuk Original PlayStation –9 September 1995), 01115 (Tarikh pelancaran U.S untuk PS4 – 15 November 2013) dan 01013 (Tarikh Pelancaran U.S untuk PS VR – 13 Oktober 2016).
Wireless Controller 500 Juta Edisi terhad juga dikatakan boleh dibeli berasingan untuk $64.99 USD (anggaran RM 264.46)/ $74.99 CAD (Anggaran RM 234.05). Bukan itu sahaja guys, dinyatakan juga bahawa Headset Emas 500 juta edisi terhad ini juga boleh didapati berasingan untuk $99.99 USD ( anggaran RM406.89)/$119.99 CAD (anggaran RM 374.35) dan ianya didatangi dengan perician kumprum serta mempunya warna lut biru gelap yang sama seperti konsolnya.
PS4 Pro Edisi terhad ini boleh didapati di laman web peruncit pada 24 Ogos, tapi rasanya untuk market US dan Canada dulu. Untuk maklumat lanjut korang leh semak kat laman web PS.com untuk senarai peruncit yang ada. Dan perkakas yang boleh dibeli berasingan seperti Wireless controller dan headset edisi terhad ini hanya boleh didapati pada awal September.
Akhir kata, semenjak PS4 Pro ni dilancarkan , teknologi semakin berkembang dan ia dapat dipadankan dengan TV 4K, HDR dan pelbagai lagi. Tahun ni , ia lebih hangat lagi – lagi dengan pelancaran game – game yang terbaru seperti God of War, Detroit: Become Human dan Read Dead Redemption 2 yang akan dilancarkan tak lama lagi. Diingatkan ye guys , barang Rare ni sangat- sangat la terhad, kalau korang bertuah atau nak cepat leh lah melancong ke US atau Canada nanti!
Ps: Harga di atas adalah harga disarankan untuk runcit dan hanya anggaran sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post