Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi September 2022! Kini Dengan Harga Baharu!

Maira by Maira
September 15, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PS5
0 0
0
Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi September 2022! Kini Dengan Harga Baharu!
0
SHARES
354
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre order untuk PS5 kembali lagi untuk gamer yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan konsol terbaru PlayStation. Sony Centre Mid Valley sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib pre-order untuk memiliki konsol PS5 pada bulan September 2022. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 14 September sehingga 17 September jam 2 petang.

Tetapi borang kali ini sudah dikemas kini dengan harga baru konsol PS5 untuk kedua-dua versi berikutan inflasi dunia. Kini harga pasaran bermula daripada RM 2069 untuk versi digital dan RM 2499 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray.

Jika anda ingin membeli PS5 versi digital dengan controller tambahan, ia dijual pada harga RM2,438 manakala untuk versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray dengan controller tambahan pula RM 2,868.

Lebih menarik sekali, salah satu versi konsol tersebut datang dengan bundle game Horizon Forbidden West. Ianya dijual bermula harga RM 2658 untuk versi digital manakala versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray pula berharga RM 2719.

Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:

Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Anda juga boleh melanggan PS Plus yang baru juga melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 749) dan 2 TB (RM 1299).

Kesemua aksesori yang tersedia juga akan dijual selagi stok masih ada. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini, bolehlah isi borang ini pre-order untuk September 2022. Mungkin anda pula yang bertuah untuk mendapatkannya.

Tags: Pre-order PlayStation 5ps5Sony Center Mid Valley
Previous Post

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Graham Berger & Jake Miller – Terbang bersama naga!

Next Post

Game Simulator Popular, The Sims 4 Akan Percuma Untuk Dimainkan Oktober ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Game Simulator Popular, The Sims 4 Akan Percuma Untuk Dimainkan Oktober ini!

Game Simulator Popular, The Sims 4 Akan Percuma Untuk Dimainkan Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd