Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Origins akan dilancarkan pada 23 Jun 2022, sempena hari lahir Sonic!

Maira by Maira
April 21, 2022
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game, Game Baru, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Origins akan dilancarkan pada 23 Jun 2022, sempena hari lahir Sonic!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mengumumkan game Sonic Origins yang akan dilancarkan pada 23 Jun 2022 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam dan Epic Games Store. Game ini merupakan entri terbaru dalam siri Sonic the Hedgehog, dan mempunyai empat tajuk di mana Sonic memulakan pengembaraannya. Bukan setakat itu sahaja, Sonic Origins juga dilancarkan pada tarikh sama dengan hari lahir Sonic!

Versi remaster digital ini dibuat untuk konsol terbaru termasuklah game Sonic yang pertama, Sonic CD, Sonic the Hedgehog 2, dan Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles. Anda boleh merasai semula pengalaman melihat sprite nostalgia pada platform terkini dengan prestasi framerate moden.

Sebagai tambahan kepada “Mod Anniversary”, Sonic Origins juga memaparkan ciri dan kandungan baru untuk “Mission”, “Museum” dan banyak lagi. Atau anda boleh kekal bermain dalam “Mod Classic” dan alami game tersebut seperti dahulu. Nikmati pengembaraan aksi berkelajuan tinggi mendebarkan yang hanya boleh disampaikan oleh Sonic!

Mod baru yang lebih menyeronokkan

  • Mod Anniversary
    • Dalam “Mod Anniversary”, anda boleh berlari dengan kelajuan Sonic pada skrin 16:9 yang besar tanpa perlu melihat time over, continue atau skrin game over.
  • Mod Classic
    • Dalam “Mod Classic”, pemain boleh menikmati game original dengan peraturan asal. Jika anda membuat kesilapan, bilangan nyawa akan berkurangan, dan jika anda menggunakan kesemuanya, game akan tamat. *Anda boleh restart dengan 3 nyawa jika masih mempunyai peluang untuk Continue.
  • Boss Rush
    • Dalam “Boss Rush”, anda perlu terus melawan semua Bos yang muncul dalam siri ini.
  • Mod Mirror
    • Selesaikan semua tajuk untuk membuka “Mod Mirror”, di mana anda boleh mencabar diri anda dalam dunia terbalik!

Misi, Muzium dan banyak lagi!

  • Mod Story
    • Babak animasi baru memautkan kisah empat klasik Sonic dalam “Mod Story”. Lalui tajuk ikonik yang dipadatkan menjadi satu pengembaraan epik buat kali pertama!
  • Mod Mission
    • Misi yang menarik dan mendebarkan menanti dalam “Mod Mission”. Cabar diri anda dengan selesaikan Misi untuk mendapatkan Syiling!
  • Museum
    • Buka kandungan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, seperti beberapa rahsia yang disimpan dengan baik dari peringkat pembangunan game original dan lihatnya dalam “Museum”! Semasa anda maju, anda akan membuka item secara automatik dalam “Normal Collection”. Anda juga boleh menggunakan Syiling yang diperoleh daripada “Boss Rush” dan “Mission” untuk membuka item dalam “Premium Collection”.
  • Data & Ranking
    • Catat masa terbaik anda untuk setiap Act dan semak Ranking untuk melihat masa pemain di seluruh dunia! Berlari secepat yang anda boleh dan sasarkan untuk tempat teratas dalam Ranking Dunia!

Watak-watak kegemaran siri Sonic the Hedgehog kembali!

Dalam “Mod anniversary”, anda boleh memilih watak kegemaran anda dan bermain sebagai Sonic, Tails atau Knuckles. Knuckles hanya tersedia untuk Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2 dan Sonic the Hedgehog & Knuckles 3.

Anda juga boleh melihat trailer pengumuman untuk Sonic Origins di bawah.

Game ini juga akan tersedia dalam dua versi iaitu edisi Standard dan edisi Deluxe. Jika anda pra-tempah sekarang, anda akan mendapat DLC bonus, Start Dash Pack. Sila rujuk gambar dibawah untuk melihat kandungan lain tersedia untuk kedua-dua versi.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Sonic daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: segasonicSonic Origins
Previous Post

Sony ingin tambah iklan dalam game “F2P” PlayStation [Khabar Angin]

Next Post

Fast X – Sekuel Fast & Furious 10 dalam pembikinan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Fast X – Sekuel Fast & Furious 10 dalam pembikinan

Fast X - Sekuel Fast & Furious 10 dalam pembikinan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd