Sega ingin memperingati ulang tahun ke-30 Sonic the Hedgehog dengan acara Sonic Central pada 28 Jun. Oleh itu, mereka membuat beberapa pengumuman besar berkaitan Sonic the Hedgehog seperti game baru, animasi, dan sebuah “projek rahsia” pada tahun 2022. Sekiranya anda terlepas acara ini pagi tadi, biar saya senaraikan apa yang diumumkan!
Projek rahsia Sonic the Hedgehog 2022
Boleh dikatakan pengumuman yang paling menarik semasa acara, sebuah teaser baru mendedahkan bahawa ahli Sonic Team sedang sibuk membuat game utama Sonic the Hedgehog seterusnya yang bakal keluar pada tahun 2022. Apakah nama permainan itu? Apa jalan ceritanya? Adakah ia 2D, 3D, atau hibrid? Adakah ia sekuel atau spin-off? Malangnya, tidak satu maklumat yang dikongsikan tentang permainan. Apa yang saya tahu adalah ia akan dilancarkan pada tahun 2022. Sega akan mendedahkan lebih banyak maklumat bermula 10 Jun di acara Summer Game Fest Kickoff yang dihoskan oleh Geoff Keighley.
Sonic Colors: Ultimate akan hadir ke PC dan konsol
Sega pertama kali mengeluarkan Sonic Colors pada tahun 2010 sebagai eksklusif di pelantar Wii. Sebagai salah satu permainan 3D Sonic yang masih disukai hingga sekarang, ia kini akan mendapat adaptasi di PC (sebagai eksklusif Epic Games Store), PS4, Xbox One, dan Switch. Bakal keluar pada 7 September. Untuk mempromosikan remaster ini, Sega akan menghasilkan animasi “dua episod” bernama Sonic Colors: Rise of the Wisps. Ia akan membuat tayangan perdana pada akhir musim panas ini.
Sonic Origins termasuk permainan klasik Sonic
Zaman awal Sonic masih dianggap sebagai “golden era” untuk kebanyakan gamer klasik. Itulah sebabnya Sega mengeluarkan kompilasi baru bernama Sonic Origins yang mengumpulkan Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2, Sonic 3 & Knuckles, dan Sonic CD. Sega juga memberitahu bahawa beberapa penambahan baru akan dimasukkan ke koleksi ini. Lebih banyak maklumat tentang Sonic Origins akan didedahkan tidak lama lagi.
Sonic di peranti mudah alih
Sejumlah permainan mudah alih Sonic akan mendapat kemas kini khas sempena ulang tahun Sonic ke-30. Pertama, Sonic Forces: Speed Battle akan menambahkan Super Sonic. Penambahan “Private race” juga adalah sebahagian daripada acara baru terhad. Seterusnya, Sonic Dash bakal menggunakan tema lanun. Kemas kini ini akan menampilkan Pirate Sonic dan Captain Shadow, serta pesta lanun yang menawarkan pelbagai ganjaran baru. Pada bulan Oktober, kedua-dua permainan ini akan menambah kemas kini Werehog sebagai sebahagian daripada acara Halloween istimewa.
Itulah semua berita permainan Sonic the Hedgehog yang diumumkan di Sonic Central. Masih banyak yang Sega tidak beritahu semasa acara ulang tahun ke-30 ini, jadi anda boleh semak di SINI kalau ingin membaca apa-apa berita baru berkenaan Sonic!
Sumber – Sonic
@gamersantaimy
Discussion about this post