Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Snowbreak: Containment Zone “Semakin Lucah”, Studio Tidak Peduli Kata Netizen

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2024
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Snowbreak: Containment Zone “Semakin Lucah”, Studio Tidak Peduli Kata Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak memerlukan pengenalan, Snowbreak: Containment Zone adalah antara game waifu paling hangat dengan berjuta-juta pemain di seluruh dunia. Tetapi malangnya game ini sedang menghadapi dilema, di mana orang ramai melabelkan Snowbreak: Containment Zone “semakin lucah” atau terlalu tertumpu pada “pandangan lelaki”.

Dalam sebuah interviu, salah seorang daripada staf (hanya dinamakan sebagai “P“) yang bekerja di Snowbreak: Containment Zone menjawab beberapa soalan, termasuk memberi respon terhadap kritikan tentang hala tuju game.

Kredit: Amazing Seasun

Pertama sekali, dia menjawab:

“Saya juga ingin menyatakan bahawa sesetengah orang yang bukan pemain “Snowbreak: Containment Zone” telah membuat beberapa kritikan terhadap game kami dan hala tuju kreatif yang kami ambil. Tetapi yakinlah, kami tahu untuk siapa yang “Snowbreak: Containment Zone” sebenarnya dimaksudkan untuk berkhidmat.”

Kredit: Amazing Seasun

Kembali ke topik tentang game yang berbaur lucah, ada beberapa kontroversi di media sosial tentang sesetengah watak dalam “Snowbreak: Containment Zone” yang direka terlalu seksi untuk pemain lelaki. “P” menjawab:

“Gangguan ini tidak akan melakukan apa-apa untuk menggoyahkan matlamat asal kita. Kami masih mahu mendengar keperluan pemain dan memenuhi keperluan mereka. Kami percaya bahawa kerja keras dan keikhlasan kami akan mendapat sambutan positif daripada pemain. Oleh itu, kami lebih suka untuk tidak mengulas sebarang pendapat luar, dan saya percaya tiada siapa yang berhak untuk memutuskan perkara yang betul dan salah dalam usaha kreatif.”

Kredit: Amazing Seasun

Ini bukan sahaja isu yang ada dalam game.

Selepas meningkat dalam populariti, pihak studio membuat keputusan untuk menambah lakonan suara Bahasa Inggeris. Tetapi usaha ini terpaksa dihentikan separuh jalan atas beberapa isu yang tidak disangka.

Nampaknya ramai pelakon suara Inggeris enggan bekerjasama dengan Snowbreak kerana menganggap game ini terlalu fokus kepada fan-service, dan hala tuju yang semakin lucah. Oleh itu, pihak produksi menghentikan tambahan suara Bahasa Inggeris pada hujung tahun lepas.

Snowbreak isn’t going to bring back the English dub anytime soon
byu/WolfOphi ingachagaming

Bagaimanapun, maklum balas peminat sebenarnya amat positif terhadap pembatalan ini kerana ramai yang lebih menyukai lakonan suara Jepun dan Cina original. Mereka menganggap kehilangan suara bahasa Inggeris hanyalah kos yang kecil memandangkan pilihan lain lebih menarik.

Bagi mereka yang berminat, Snowbreak: Containment Zone kini tersedia untuk iOS, Android dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Snowbreak: Containment Zone
ShareTweetSend
Previous Post

Fire Force Season 3 Akan Datang April 2025, Merupakan Finale!

Next Post

Webtoon Tomb Raider King Rasmi Dapat Anime, Akan Datang 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul
Teknologi

Gigabyte GeForce RTX™ 5060 Ti GAMING OC 16G- Raja Mid-Range Untuk Pengalaman Gaming Terunggul

July 18, 2025
Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW
Steam

Peraturan Baru Steam Menyebabkan Pembuangan Game Dewasa & NSFW

July 18, 2025
Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!
Anime

Manga Kaiju No. 8 Tamat Selepas Lima Tahun!

July 18, 2025
Next Post
Webtoon Tomb Raider King Rasmi Dapat Anime, Akan Datang 2026!

Webtoon Tomb Raider King Rasmi Dapat Anime, Akan Datang 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd