Wahai peminat game handheld horror! Bergembiralah kerana Slender: The Arrival sudah keluar di Nintendo Switch dan boleh dibeli melalui Nintendo eShop.
Di Slender: The Arrival, pemain akan mengawal Lauren dan berusaha mencari sahabat baiknya daripada kecil, Kate. Game yang dihasilkan oleh studio Kanada Blue Isle, dirancang untuk menjadi sekuel komersial kepada Slender: The Eight Pages dan juga dihasilkan sekali bersama developer game tersebut. Berbeza dengan The Eight Pages, Slender: The Arrival membawa pemain ke sebuah naratif yang linear dan mempamerkan beberapa lokasi berbeza seperti rumah usang, kawasan perlombongan lama, dan taman gelap. Korang boleh tengok dulu announcement trailer Switch untuk Slender: The Arrival di bawah:
Seperti biasa, Slender: The Arrival berkisarkan orang yang sama iaitu Slender Man. Pemain akan jumpa raksasa seram ini sepanjang durasi bermain dan pemain harus mengelak daripada Slender Man setiap kali. Seperti di Slender: The Eight Pages, pemain tidak mempunyai sebarang alat untuk bantu mempertahankan diri. Oleh itu, pemain hanya boleh lari sahaja (sambil menjerit) daripada Slender Man setiap kali dia muncul.
Selain itu, ada beberapa penambahan mekanik baru di dalam Slender: The Arrival yang berbeza daripada yang dahulu. Lampu suluh anda boleh digunakan untuk situasi lain daripada navigasi; terdapat antagonis kedua yang pemain harus menghalau dengan cara fokuskan lampu suluh ke arahnya. Tiga setting difficulty telah diterapkan di dalam gameplay: Easy memberi pemain lampu suluh tiada had, manakala Hardcore akan membuat bateri lampu suluh berkurangan tiap saat dan meningkatkan tahap agresif musuh. Pemain harus menyelesaikan game ini sekali untuk unlock difficulty settings lain.
Slender: The Arrival sudahpun keluar dan juga boleh didapati di PS4 dan Xbox One. Adakah korang semua akan beli Slender: The Arrival di Switch?
Sumber – TechRaptor
@gamersantaimy
Discussion about this post