Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Skill system” Diablo 4 dirombak untuk pembentukan watak yang lebih ‘distiktif ‘!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2020
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, RPG
0 0
0
“Skill system” Diablo 4 dirombak untuk pembentukan watak yang lebih ‘distiktif ‘!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kemas kini suku akhir terbaru Blizzard unutuk Diablo 4, pengarah permainan Luis Barriga dan pasukan pemaju telah berkongsi maklumat baru mengenai permainan video akan datang ini. Walaupun tarikh pelancarannya masih jauh, ia menjadi jelas bahawa sistem kemahiran (skill system) Diablo 4 sudah berubah menjadi sangat berbeza daripada pendahulunya.

#Diablo4: Development Update

Our new Diablo IV Quarterly Update is now available. This update we focus on:

– New Skills & Talent systems
– Sorceress Enchantment System

Read on for more: https://t.co/XsaH1NBjhO pic.twitter.com/8VKLgjGjfH

— Diablo (@Diablo) September 29, 2020

Diablo 3 dikeluarkan untuk PC lebih dari lapan tahun yang lalu dan peminat francais tidak sabar untuk ansuran baru demi menentang musuh jahat. Diablo 4 membuat beberapa perubahan pada formula standard RPG mereka, terutama sekali apabila masukkan penerokaan dunia terbuka. Perubahan lain yang telah dinyatakan setakat ini termasuk kemampuan untuk bermain sehingga lapan pemain bersama, dan penghapusan “loading screen“, yang merupakan antara fitur terpenting di Diablo 4.

Kemas kini terbaru sekarang tertumpu pada mekanik permainan dan kemahiran. Seperti yang diumumkan sebelum ini, setiap kelas Diablo 4  memiliki mekanik yang berbeza, seperti sistem persenjataan barbarian, yang membolehkan pemain bertukar antara senjata dengan mudah. Kemahiran watak pula akan dimodifikasi oleh skill tree yang saiz-nya dua kali ganda lebih besar yang terdiri daripada “akar” dan “cabang”. Pemain dapat mengubah dan memperoleh kebolehan aktif dengan menghabiskan mata di salah satu cabang, yang seterusnya membuka jenis mata lain yang dapat dihabiskan pada “akar” untuk mendapatkan kebolehan pasif.

Pemaju juga menyatakan bahawa pemain tidak dapat memperoleh setiap kebolehan dalam satu playthrough, dan sebenarnya memerlukan beberapa watak untuk sepenuhnya meneroka satu kelas. Ini menambah tekanan yang lebih berat bagi setiap keputusan yang anda buat di mana sistem memfokuskan pada “replayability” dan intipati yang mendalam untuk setiap kelas. Mudah-mudahan, Blizzard menjadi kreatif semasa memikirkan kelas Diablo 4 untuk memaksimumkan potensi sistem.

Habiskan mata di tanda pasif untuk buka laluan ke abiliti baru
Habiskan mata pasif di akar untuk buka abiliti kuat

Tiga daripada lima kelas permulaan telah didedahkan untuk permainan, dan setakat ini Diablo 4 masih berpegang teguh pada asasnya. Jenis-jenis kelas seperti sorcerer, barbarian, dan druid telah tampil dalam permainan lalu dan walaupun masing-masing mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri, ia mungkin masanya untuk kita mencuba sesuatu yang baru.

Dengan pengumuman pelbagai permainan video open world dan judul pertempuran besar, ramai peminat risau yang Diablo 4 mungkin akan tersasar jauh daripada identiti utama, dan berubah menjadi versi World of Warcraft yang lebih suram. Tetapi dengan berita hari ini, fokus Blizzard pada sistem yang mengutamakan komitmen dan eksperimen permainan pasti membezakannya daripada judul MMORPG lain di pasaran.

Diablo 4 kini dalam pembangunan dan tiada tarikh pelepasan diumumkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardDiablo 4PCSkill System
Previous Post

Dunia ZEXAL kini hadir di Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS!

Next Post

Pre-register Dragon Quest Tact bermula dan pelancaran di iOS & Android awal 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Pre-register Dragon Quest Tact bermula dan pelancaran di iOS & Android awal 2021!

Pre-register Dragon Quest Tact bermula dan pelancaran di iOS & Android awal 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd