Khas untuk peminat anime dan manga, Skechers telah mengumumkan koleksi SPYxFAMILY, yang kini dijual di Malaysia! Menampilkan Loid Forger, Anya Forger, Yor Forger, dan anjing peliharaan Bond, koleksi baharu ini ditujukan untuk lelaki dan perempuan; serta datang dalam pelbagai bentuk termasuk:
- Kasut: sneaker dan clog
- Pakaian: kemeja T, hoodie, pullover dan seluar pendek
- Aksesori: topi besbol, beg pinggang, beg galas
Berikut adalah senarai lengkap untuk koleksi SPYxFAMILY Skechers termasuk harga!
Skechers Street Koopa Court (Harga RM459)
Skechers Foamies Surge (Harga RM299)
Unisex Short Sleeve Tee (Harga RM159)
Women Crop Tee (Harga RM159)
Women Short Sleeve Tee (Harga RM159)
Unisex Hoodie (Harga RM369)
Unisex Pullover (Harga RM299)
Women Short (Harga RM189)
Men Short (Harga RM189)
Unisex Baseball Cap (Harga RM109)
Unisex Waist bag (Harga RM179)
Unisex Backpack (Harga RM239)
Harga Dan Ketersediaan
Dengan harga bermula RM109, koleksi SPYxFAMILY Skechers boleh didapati sekarang, secara online melalui Lazada, dan di kedai konsep Skechers terpilih (tekan SINI untuk senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian). Pada 1 Ogos 2024, koleksi ini kemudian boleh didapati melalui laman web rasmi Skechers dan Shopee.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menerima selimut eksklusif SPYxFAMILY Skechers dengan setiap pembelian dua item daripada koleksi. Hadiah ini tersedia untuk masa terhad sahaja, di mana setiap penebusan terhad kepada satu setiap resit, sementara stok masih ada
Acara Terhad Pop-Up SPYxFAMILY | Skechers
Pada masa yang sama, sebuah acara pop-up masa terhad sedang berlangsung di Sunway Velocity Mall, G-11 & 12 di Ground Floor dari 12 hingga 17 Julai 2024. Cosplayer Meet & Greet akan diadakan pada 14 Julai, jadi jangan jangan lepaskan peluang anda untuk bergaul dengan rakan peminat!
Misi diteruskan di Skechers Queensbay Mall, LG33-33A di Lower Ground Floor dari 19 hingga 21 Julai 2024, di mana anda boleh saksikan Cosplayer Meet & Greet lagi pada 20 Julai.
Di kedua-dua lokasi, anda boleh mencuba koleksi SPYxFAMILY, merakam foto dengan belon gergasi Anya Forger dan dinding foto keluarga Forger, serta memenangi baucar dengan bermain permainan interaktif. Selain itu, baucar akan diberikan kepada peserta – jadi jangan lupa untuk datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post