Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!

Maira by Maira
August 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Produk, Tempatan
0 0
0
Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!
Share on FacebookShare on Twitter

Demon Slayer memang banyak berkolaborasi dengan syarikat luar untuk produk-produk menarik seperti minyak wangi, T-shirt Uniqlo, mouse dan lain-lain. Baru-baru ini Skechers pula kembali dengan kasut anime terbaru bersama Demon Slayer. Ianya tersedia pada bulan Ogos ini. Jom kita tengok reka bentuk kasut Skechers x Demon Slayer ini!

Kalau anda ingin tahu, terdapat empat reka bentuk kasut yang diilhamkan oleh Kamado Tanjiro, Kamado Nezuko, Agatsuma Zenitsu dan Hashibira Inosuke. Tetapi hanya reka bentuk untuk Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu sahaja yang tersedia di Skechers Malaysia. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk semua rekaan kasut tersedia.

Kasut Skechers ini merupakan kasut Stamina V2 dan Global Jogger yang merupakan kasut yang paling popular oleh jenama itu. Malah ia juga direka untuk keselesaan pengguna. Jika dilihat pada reka bentuknya, setiap elemen dan warna watak digunakan padanya termasuklah simbol mereka. Untuk rekaan Tanjiro, ianya tersedia dalam saiz lelaki dan wanita. Manakala Zenitsu pula hanya tersedia dengan saiz kaki lelaki. Kasut Nezuko pula datang dengan saiz yang tersedia untuk wanita.

Kalau anda berminat untuk memiliki kasut ini, ianya tersedia pada tanda harga RM 459 untuk setiap kasut. Anda boleh lawati laman web rasmi ataupun platform dalam talian lain seperti Shopee dan Lazada untuk membelinya. Kasut Demon Slayer ini juga tersedia di kedai fizikal Skechers di lokasi tersebut:

  • Sunway Pyramid
  • 1 Utama
  • Pavilion KL
  • Pavilion Bukit Jalil
  • KLCC
  • Lalaport
  • Intermark

Apa lagi geng! Pergilah serbu Skechers untuk dapatkan kasut ini. Manalah tahu boleh jadi pantas seperti Zenitsu nanti. Untuk mendapatkan liputan menarik lain mengenai Demon Slayer daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Demon SlayerSkechersSkechers x Demon Slayer
Previous Post

ROG Masters APAC 2022 – Jadi pasukan R6 terbaik & menangi prize pool sebanyak $40K USD!

Next Post

One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

One Piece hadir dengan produk Badminton, "Smash" tanpa henti dengan kuasa Zoro!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd