Sempena menyambut ulang tahun ke-25 siri Persona, SEGA mengumumkan pelancaran Persona 5 Royal, Persona 4 Golden dan Persona 3 Portable di pelbagai platform seperti konsol PS, Xbox, *Nintendo Switch dan PC melalui Game Pass dan Steam. Inilah peluang yang baik untuk peminat bermain entri persona yang hebat pada platform terbaru!
Persona 5 Royal (P5R)
Dilancarkan untuk PS4 pada tahun 2019, Persona 5 Royal kini tiba di pelbagai platform dan mudah diakses oleh ramai orang berbanding sebelum ini! P5R akan tersedia pada 21 Oktober 2022!
Terpaksa berpindah sebuah sekolah di Tokyo, protagonis mendapat mimpi misteri. Dengan matlamat “pemulihan”, dia mesti menyelamatkan orang lain daripada keinginan mereka yang rosak dengan memakai topeng.
Persona 4 Golden (P4G)
P4G pertama kali dilancarkan pada 2012 di PS Vita dan PC pada tahun 2020 di Steam. Kini pemain konsol Xbox dan PS juga boleh menikmatinya.
Berlangsung di sebuah bandar fiksyen bernama Inaba, anda ialah seorang pelajar sekolah menengah yang cuba menyelesaikan satu siri pembunuhan misteri dengan cara masuk ke televisyen dan menewaskan raksasa di dalamnya. Anda bersama rakan pasukan akan mengejar kebenaran dan pergi ke dunia lain di sebalik tv.
Persona 3 Portable (P3P)
P3P telah dilancarkan pada tahun 2009 di PSP dan merupakan game pertama dalam siri yang memperkenalkan protagonis perempuan. Selepas itu, P3 juga mendapat adaptasi filem 4 bahagian pada 2013. Selepas 13 tahun, P3P akan tersedia di pelbagai platform untuk pertama kali! Mari kita lihat pengembaraan Specialized Extracurricular Execution Squad (SEES) di platform terbaru ini!
Terdapat masa yang dipanggil “Dark Hour”. Satu malam, protagonis diserang oleh “shadow”. Bila semua harapan, dengan kuasa Persona, mereka akan cuba meneroka Tartarus, bangunan misteri yang keluar sewaktu “dark hour”.
*[Update] Dengan pengumuman terbaru daripada Nintendo Direct Mini, ketiga-tiga game Persona di atas juga tersedia di platform Nintendo Switch. Persona 5 Royal juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama. Kalau anda inginkan maklumat lanjut mengenainya, anda boleh lawati laman web rasmi. Untuk mendapat liputan lain mengenai francais ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post