Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Netflix RESIDENT EVIL 8 Episod dijangkakan akan bermula pengambaranya Jun ini!

Wah nampaknya bukan setakat kehadiran Resident Evil 3 Remake, tapi siri baru pun akan datang!

Nyny.A by Nyny.A
February 4, 2020
in Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Siri Netflix RESIDENT EVIL 8 Episod dijangkakan akan bermula pengambaranya Jun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara kita menantikan kehadiran Resident Evil 3 Remake pada 3 April ini, suatu berita yang dahulu pernah dikecohkan tetapi tidak pasti sama ada jadi atau tidak telah pasti! Berita apa pula itu? Ia sebenarnya adalah mengenai siri TV Netflix untuk project Resident Evil!

Ia telah dilaporkan bahawa siri Resident Evil Netflix itu akan memulakan pra-persediaanya pada bulan April, dengan penggambaran bermula pada bulan Jun sehingga Oktober, jadi peminat akhirnya dapat menonton siri dari permainan video kegemaran ini pada 2021.

Informasi ini telah ditemui oleh Redanian Intelligence, sebuah laman web yang mengkhususkan diri dalam berita Witcher Netflix. Laman ini menemui senarai pengeluaran yang mendedahkan tarikh pegambaran siri Resident Evil Netflix, serta lokasi pegambaranya di Afrika Selatan. Selain itu, senarai pengeluaran juga mengesahkan bahawa siri Resident Evil Netflix akan terdiri daripada lapan episod berdurasi 60 minit setiap episod. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa siri Resident Evil Netflix masih belum lagi diumumkan secara rasmi.

Filem terakhir Resident Evil adalah The Final Chapter yang ditayangkan dipawagam seluruh dunia pada tahun 2016, anda boleh lihat trelernya disini;

Tidak ada maklumat plot baru yang telah didedahkan mengenai siri Resident Evil Netflix ini, walaupun laporan masa lalu menunjukkan bahawa pertunjukan itu mengenai kerja-kerja dalaman Umbrella Corporation. Ini bermakna siri itu tidak semestinya mengikut plot dan watak-watak dari siri permainan video yang membuatkan ramai peminat tidak sabar dengan hasilnya!

Ada juga berita sebelum ini mendakwa bahawa watak-watak Resident Evil Netflix akan dilakonkan oleh Jade dan Billie Wesker, yang merupakan adik beradik dan anak perempuan antagonis siri Albert Wesker. Sekali lagi, ini masih belum disahkan, tetapi jika benar, ia bermaksud bahawa siri Residen Evil Netflix tidak akan sama atau diadaptasi dari siri permainan videonya.

Masih banyak lagi pekara atau informasi mengenai Resident Evil Netflix tidak diketahui, tapi andai kata senarai produksi yang dijumpai oleh Redanian Intelligence adalah tepat, lebih banyak maklumat akan datang tidak lama lagi.

Walaupun siri Witcher Netflix adalah adaptasi dari buku-buku dan bukannya permainan videonya, tidak dapat dinafikan bahawa lebih banyak peminat siri ini menantikanya. Siri TV The Witcher telah memberi Netflix dengan terdapat penonton yang besar dan kebanyakkanya dari pemain yang ingin melihat permainan video kegemaran mereka dalam bentuk aksi nyata. Projek Resident Evil Netflix akan menjadi langkah seterusnya dan jika ia berjaya, mungkin kita akan melihat perkhidmatan streaming gergasi yang popular ini mengejar lebih banyak lagi rancangan dari permainan video.

Apa jua kesahihanya kita nantikan dari pihak produksi atau terus dari Netflix okay!

Sumber: Geekculture

Tags: netflixResident EvilResident Evil NetflixSiti TV Netflix
Previous Post

Final Fantasy VII Remake Orchestra World Tour yang termasuk di Asia Tenggara akan bermula Jun ini!

Next Post

Pra-pendaftaran ONE PIECE BON! BON! JOURNEY!! kini dibuka!! Jom main game comel ni nanti!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pra-pendaftaran ONE PIECE BON! BON! JOURNEY!! kini dibuka!! Jom main game comel ni nanti!

Pra-pendaftaran ONE PIECE BON! BON! JOURNEY!! kini dibuka!! Jom main game comel ni nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd