Hari ini, Prime Video mengumumkan bahawa siri adaptasi live-action “Oshi no Ko” berdasarkan manga oleh Aka Akasaka dan Mengo Yokoyari, akan membuat debut di Amazon Prime Video di seluruh dunia pada 28 November.
Dengan total lapan episod, YouTube rasmi produksi turut memuat naik teaser baharu bagi siri Live-Action ‘Oshi no Ko’ termasuk mendedahkan pelakon utama. Berikut adalah videonya:
Barisan pelakon termasuk:
- Bekas ahli kumpulan idol =LOVE Nagisa Saitō, sebagai Ruby
- Bekas ahli kumpulan Nogizaka46 Asuka Saitō, sebagai Ai
- Kaito Sakurai, sebagai Aqua
- Nanoka Hara, sebagai Kana Arima
- Mizuki Kayashima, sebagai Akane Kurokawa
- Ano, sebagai Memcho
Bukan itu sahaja, filem sekuel juga sedang dibangunkan dan akan ditayangkan selepas siri ini di pawagam Jepun pada 20 Disember. Kami tidak pasti jika filem ini juga akan ditayangkan di Malaysia.
Tentang Oshi no Ko
Oshi no Ko merupakan siri manga yang ditulis oleh Aka Akasaka, pencipta Kaguya-sama: Love is War dan dilukis oleh Mengo Yokoyari, pencipta Scum’s Wish. Siri ini pertama kali diterbitkan melalui majalah Weekly Young Jump milik Shueisha pada April 2020. Anda boleh membaca manga ini secara percuma online melalui aplikasi dan laman web Manga Plus.
“Dalam industri hiburan, pembohongan adalah senjata. Setiap hari, Goro, pakar perbidanan dan obstetrik yang bekerja di sebuah bandar kecil, menjalani kehidupan yang tidak berkaitan dengan perniagaan hiburan. Namun, idola Hoshino Ai yang “diikuti” mula naik ke senarai bintang. Mereka berdua menyedari senario terburuk mereka, dan sejak itu, roda nasib mula berputar.”
@gamersantaimy
Discussion about this post