Kali terakhir kita menerima kemas kini mengenai siri live action One Piece Netflix pada bulan Januari yang lalu, di mana Netflix telah mendedahkan poster pertama untuk siri tersebut. Nampaknya mereka kembali dengan kemas kini terbaru yang merupakan mesej khas daripada pencipta One Piece, Eiichiro Oda! Ada kemungkinan besar siri ini tidak akan ditayangkan pada masa terdekat. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.
Melalui Twitter Netflix, Oda telah memberikan mesej khas mengenai status siri live action One Piece. Dia menyatakan bahawa dia masih bekerja bersama pihak produksi untuk siri tersebut dan mengalami pelbagai cabaran semasa penghasilan siri tersebut. Tambahnya lagi, dia merasakan siri tersebut merupakan peluang terakhir untuk memperkenalkan dunia One Piece ke seluruh dunia! Sebab itulah dia setuju untuk penghasilan adaptasi live action untuk siri manga popular tersebut pada tahun 2016.
Bukan setakat itu sahaja, Oda turut mengesahkan bahawa siri live action One Piece akan mempunyai lapan episod kesemuanya dan bukanlah 10 episod yang dilaporkan sebelum ini. Walaupun siri ini dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2023, nampaknya pihak produksi telah berjanji kepada Oda bahawa mereka tidak akan melepaskan siri tersebut sehingga pelukis manga itu berpuas hati dengan hasil akhir siri.
Dengan proses akhir sedang dilakukan, harap-harap adaptasi live action ini tidaklah mengecewakan peminat, lebih-lebih lagi buat mereka yang ternanti-nantikan siri tersebut. Apa pun, anda bolehlah klik butang “remind me” untuk menontonnya apabila ia tersedia nanti.
Untuk pengetahuan anda, barisan pelakon utama untuk Straw Hat Crew telah lama diumumkan. Bukan setakat itu sahaja, pengarah eksekutif siri itu mengatakan bahawa dia menantikan peminat untuk menonton adegan klasik Nami semasa arc Arlong. Tidak sabar untuk melihat trailer rasmi pada masa akan datang.
Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post