Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri dan Filem Menarik untuk Korang Layan di NETFLIX Sepanjang Februari 2024!

Maira by Maira
January 31, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri dan Filem Menarik untuk Korang Layan di NETFLIX Sepanjang Februari 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix sepanjang Februari 2024! Tanpa membuang masa, jom kita lihat filem, siri dan anime yang akan tersedia di Netflix bulan Februari ini!

Orion and the Dark — 2 Februari

“Seorang budak lelaki dengan imaginasi aktif menghadapi ketakutannya dalam perjalanan sepanjang malam bersama rakan baharunya: makhluk raksasa yang tersenyum bernama Dark.”

Bangku Kosong: Ujian Terakhir — 7 Februari

“Hari peperiksaan sekolah yang damai bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kuasa gelap yang menakutkan menguasai dan menggangu pelajar berpencapaian tinggi, menyebabkan histeria besar-besaran dan kematian.”

A Killer Paradox — 9 Februari

“Apabila satu pembunuhan tidak disengajakan membawa kepada pembunuhan yang lain, seorang lelaki muda biasa mendapati dirinya terperangkap dalam pengejaran yang tidak berkesudahan dengan seorang detektif yang cerdik.”

La Luna — 9 Februari

“Huru-hara satu kampung bila tiba-tiba ada kedai baru jual pakaian dalam dibuka. Tapi apa kesudahannya?”

Malignant — 14 Februari

“Madison lumpuh dengan visi yang mengejutkan tentang pembunuhan yang mengerikan dan siksaannya bertambah buruk apabila dia mendapati bahawa mimpi terjaga ini sebenarnya adalah realiti yang menakutkan.”

Tiger Stripes — 15 Februari

“Zaffan, 12, tinggal di sebuah komuniti kecil di luar bandar Malaysia. Mencapai akil baligh penuh, dia menyedari bahawa tubuhnya berubah pada kadar yang membimbangkan. Rakan-rakannya berpaling daripadanya apabila histeria besar-besaran melanda sekolah. Ketakutan merebak dan seorang doktor campur tangan untuk menghalau syaitan yang menghantui gadis-gadis itu. Seperti harimau yang diganggu dan disingkirkan dari habitatnya, Zaffan memutuskan untuk mendedahkan sifat sebenar, kemarahan dan kecantikannya.”

Gran Turismo Based on a True Story — 16 Februari

“Berdasarkan kisah sebenar Jann Mardenborough, filem ini adalah kisah mencapai hasrat utama seorang pemain remaja Gran Turismo yang mempunyai “gaming skill” untuk memenangi beberapa siri pertandingan Nissan untuk menjadi pemandu kereta lumba profesional sebenar.”

Avatar: The Last Airbender — 22 Februari

“Air. Tanah. Api. Angin. Empat negara pernah hidup dalam harmoni, dengan Avatar, penguasa keempat-empat unsur, menjaga keamanan di antara mereka. Tetapi segala-galanya berubah apabila Fire Nation menyerang dan menghapuskan Air Nomad, langkah pertama yang diambil oleh firebender untuk menakluk dunia. Dengan kemunculan Avatar semasa masih belum muncul, dunia telah kehilangan harapan.

Tetapi seperti cahaya dalam kegelapan, harapan muncul apabila Aang, seorang Air Nomad muda — dan yang terakhir — bangkit semula untuk mengambil tempatnya sebagai Avatar seterusnya. Di samping rakan barunya Sokka dan Katara, adik-beradik dan ahli Southern Water Tribe, Aang memulakan usaha yang hebat dan penuh aksi untuk menyelamatkan dunia dan melawan serangan menakutkan Ozai. Tetapi dengan Putera Mahkota Zuko yang didorong untuk menangkap mereka, ia bukan satu tugas yang mudah. Mereka akan memerlukan bantuan ramai kawan dan watak-watak lain yang mereka temui sepanjang perjalanan.”

Dune — 21 Februari

“Filem Dune berdasarkan novel dengan nama sama oleh Frank Herbert pada 1965 yang berlatar belakang masa depan. Duke Leto Atreides ditugaskan untuk mengawasi planet gurun berbahaya Arrakis, yang juga dikenali sebagai Dune. Planet ini merupakan satu-satunya sumber untuk dadah bergelar “the Spice”, iaitu zat paling berharga di alam semesta kerana memberikan tahap pemikiran yang ditingkatkan dan memanjangkan umur manusia.

Walaupun tahu ini adalah perangkap yang diaturkan oleh musuh Harkonnen, Leto tetap membawa anaknya yang masih muda Paul, kekasihnya Lady Jessica dan juga penasihatnya yang paling dipercayai ke atas planet tersebut dan berjaya menguasai operasi perlombongan “Spice”. Apabila keluarga Atreides dikhianati, anaknya Paul memimpin sebuah pemberontakan untuk mengambil semula planet ini.”


Cerita apa yang anda akan layan di Netflix untuk bulan Februari 2024? Boleh kongsikan tajuknya di ruang komen. Kalau anda ingin membaca berita lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: netflixNetflix Februari 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Fate/stay night REMASTERED Bakal Lancar di Switch & PC Pada 2024!

Next Post

Jemput Main Demo ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Semasa Steam Next Fest pada 5 Februari Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jemput Main Demo ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Semasa Steam Next Fest pada 5 Februari Ini!

Jemput Main Demo ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Semasa Steam Next Fest pada 5 Februari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd