Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Anime Tensura Bakal Tayang Episod 48.5 Pada Hujung Mac, Season 3 Bermula 5 April Ini!

Maira by Maira
March 14, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Siri Anime Tensura Bakal Tayang Episod 48.5 Pada Hujung Mac, Season 3 Bermula 5 April Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum siri anime That Time I Got Reincarnated as a Slime atau Tensura Season 3 memulakan tayangannya pada April ini. Satu lagi trailer baharu telah dikeluarkan memberikan highlight kepada aksi Rimuru dan rakan-rakannya.

Kalau anda ingin tahu, Tensura Season 3 akan mempunyai dua cour yang akan ditayangkan secara berturut-turut. Yang menariknya, musim baharu ini akan bermula dengan tayangan episod 48.5 pada 30 Mac ini. Episod tersebut bertajuk “Digression: Diablo Diary”.

©川上泰樹・伏瀬・講談社/転スラ製作委員会

Atsushi Nakayama kembali untuk mengarahkan siri di 8-Bit bersama Toshizo Nemoto yang akan menyelia skrip siri. Ryoma Ebata kembali sebagai pereka watak dan Hitoshi Fujima dari Elements Garden kembali untuk mengarang muzik siri. Lagu opening Tensura Season 3 “PEACEMAKER” dipersembahkan oleh STEREO DIVE FOUNDATION.

©川上泰樹・伏瀬・講談社/転スラ製作委員会

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Tensura siri anime Jepun popular yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2018, dengan Bahagian satu musim keduanya berakhir pada Julai 2021. Ia pada asalnya karya novel ringan yang ditulis oleh Fuse, yang akhirnya mendapat adaptasi manga oleh Taiki Kawakami dalam Monthly Shonen Sirius dan diterbitkan di bawah label Sirius KC. Siri manga tersebut bermula pada 2015 dan mempunyai 21 jilid pada Julai 2022.

©川上泰樹・伏瀬・講談社/転スラ製作委員会

Berikut adalah sinopsis untuk Tensura:

Anda akan mengikuti pekerja korporat Mikami Satoru yang ditikam oleh pembunuh rawak dan dilahirkan semula di dunia alternatif. Tetapi dia dilahirkan semula sebagai Slime! Dicampak ke tempat baru dan tidak dikenali, dengan nama Rimuru, dia mulakan pencariannya untuk mencipta dunia yang mengalukan kedatangan semua kaum.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Tensura Season 3That Time I Got Reincarnated as a SlimeThat Time I Got Reincarnated as a Slime Season 3
ShareTweetSend
Previous Post

Katalog PS Plus Mac 2024 – Marvel’s Midnight Suns, Resident Evil 3 & Banyak Lagi!

Next Post

Final Fantasy VII Ever Crisis Kini Tersedia di Malaysia! Download Sekarang! [UPDATE]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Ever Crisis Kini Tersedia di Malaysia! Download Sekarang! [UPDATE]

Final Fantasy VII Ever Crisis Kini Tersedia di Malaysia! Download Sekarang! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd