Sejak daripada tayangan awalnya, siri anime NieR: Automata Ver1.1a telah mengalami pelbagai masalah dengan penyiarannya. Dengan beberapa kali tayangan ditunda, akhirnya siri anime ini akan berakhir tidak lama lagi.
Melalui laman web rasmi, trailer rasmi untuk baki episod yang belum ditayangkan iaitu episod sembilan sehingga episod 12 telah pun dikeluarkan. Dalam trailer tersebut kita dapat melihat 2B dalam pertarungan mencari 9S, manakala watak itu pula seperti diseksa secara mental. Kesemua empat episod akhir itu akan tersedia pada 23 Julai 2023. Tidak sabar untuk melihat penamat siri ini.
Kalau anda ingin tahu, siri anime NieR: Automata Ver1.1a mula ditayangkan pada Januari 2023, tetapi sepanjang tayangannya ia terpaksa ditunda kerana masalah Covid yang melanda Jepun. Dengan tidak begitu banyak slot tayangan yang tersedia, lebih-lebih lagi dengan tayangan anime baharu, tidak peliklah mengapa empat episod terakhir ditayangkan pada hari yang sama. Bermakna kita boleh mendapat klimaks kepada cerita dengan hampir dua jam tayangan!
Berikut adalah sinopsis untuk NieR: Automata:
“NieR: Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.”
Game pertama Automata diterbitkan oleh Square Enix dan dihasilkan oleh Platinum Games, serta diarahkan oleh Yoko Taro, yang sebelum ini menerajui siri Drakengard dan Nier. Walaupun game Nier pertama tidak berjaya dari segi jualan, ia memperoleh sambutan yang besar oleh para peminat setia lalu mendorong Square Enix untuk melancarkan sekuel pada 2017.
Anda boleh tonton siri ini melalui platform rasmi seperti berikut:
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai NieR daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post