Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri animasi Messi dalam pembikinan bersama Sony Music Entertainment

safwan by safwan
March 7, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Siri animasi Messi dalam pembikinan bersama Sony Music Entertainment
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memenangi Piala Dunia 2022 pada tahun lepas, Lionel Messi kini sedang membangunkan satu animasi siri dengan kerjasama Sony Music Entertainment.

Siri animasi ini akan menggambarkan Messi sebagai kanak-kanak menghadapi halangan semasa mengembara di dalam dunia game. Siri ini hanya memfokuskan kepada penonton yang berusia 18 tahun ke bawah.

Menurut sumber daripada Deadline, siri animasi ini akan dihasilkan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan beberapa bahasa lain. Dengan kerjasama daripada pihak Sony Music Entertainment, ia akan menampilkan muzik original daripada artis dan komposer syarikat itu sendiri.

Buat masa sekarang, tiada pihak “Network” dan “Streamer” yang tampil untuk menyiarkan siri animasi ini. Premium Content Division Sony Music dan Leo Messi Management akan menyelia dan mengedar projek animasi ini nanti.

Sejak saya kecil, saya sentiasa menggemari siri animasi dan anak-anak saya adalah peminat besar watak animasi. Dapat mengambil bahagian dalam projek animasi membuatkan saya gembira, kerana ia memenuhi salah satu impian saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sony Music kerana menyertai projek ini dan kami berharap semua orang akan menyukai hasilnya, terutama budak perempuan dan lelaki.

Menurut Lionel Messi

Dengan memenangi Piala Dunia 2022 pada tahun lepas, Messi telah mencipta rekod baharu di mana dia telah bermain sebanyak 26 perlawanan dan menjaringkan sebanyak 98 gol dalam 172 penampilan untuk negara Argentina.

Lionel Messi merupakan pemain bola sepak terbaik dunia dan telah memenangi pelbagai piala termasuk baru-baru ini dia memenangi piala Ballon d’Ors yang ke-7 dan dianugerahkan dengan anugerah pemain terbaik di dunia. Sejak tahun 2021, dia telah bermula bermain untuk pasukan Perancis iaitu Paris Saint-Germain di Perancis. Di sana, dia telah membuat penampilan sebanyak 46 perlawanan dan menjaringkan sebanyak 18 gol.

Kembali kepada tajuk utama, tidak banyak perkara yang didedahkan mengenai siri animasi yang direka oleh Messi dengan kerjasama Sony Music Entertainment. Apapun, semoga siri animasi ini berjaya menarik minat remaja dan kanak-kanak seperti yang diharapkan.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Lionel MessiSony Music Entertainment
Previous Post

Pemain Hogwarts Legacy PS4 dan Xbox One Perlu Menunggu 2 Bulan Lagi! Akan Lancar 5 Mei Ini!

Next Post

WWE 2K23 akan tambah 24 ahli gusti ke DLC & Season Pass – senarai lengkap!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
WWE 2K23 akan tambah 24 ahli gusti ke DLC & Season Pass – senarai lengkap!

WWE 2K23 akan tambah 24 ahli gusti ke DLC & Season Pass - senarai lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd