Berita besar untuk semua peminat Keluang Man di Malaysia! Baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas, Quest Animation Studio akan bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah siri animasi baru bernama Keluang Man Cinonet berkisarkan adiwira tempatan kita sendiri tetapi dalam versi comel! Berikut adalah pernyataan rasmi dari halaman FB mereka:
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Setelah lama berusaha sebaik mungkin, kami telah digagalkan berkali-kali bagi pengguna kembali IP yang mempunyai peminat yang ramai dan tersendiri. Namun begitu, kami tetap tidak berputus asa dan terus berusaha dalam memastikan kreativiti dan kebolehan kami tidak dibantutkan dan digelak oleh mereka yang melihat enteng IP yang sebenarnya sudah lapuk dan tidak lagi relevan untuk dimajukan.
Nantikan kemunculan sulung siri Animasi Keluang Man dalam dimensi lain versi comel atau cinonet untuk menghiburkan kalian semua. Kami kongsikan teaser dulu ..
Terima kasih dan teruskan menyokong kami dari team legasi Keluang Man.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Setelah lama berusaha sebaik mungkin, kami telah digagalkan berkali-kali bagi membangunkan kembali IP yang mempunyai peminat yang ramai dan tersendiri. Namun begitu, kami tetap tidak berputus asa dan terus berjuang dalam memastikan kreativiti dan kebolehan kami tidak dibantutkan dan digelak oleh mereka yang memandang enteng IP yang dianggap sudah lapuk dan tidak lagi relevan untuk dimajukan.
Nantikan kemunculan sulung siri Animasi Keluang Man dalam dimensi lain versi comel atau cinonet untuk menghiburkan kalian semua. Kami kongsikan teaser dulu..
Terima kasih dan teruskan menyokong kami dari team legasi Keluang Man.
#Questanimationstudio #Keluangman #Kamnismail #Animas
#Madeinmalaysia #2danimationPosted by Quest Animation Studio on Saturday, March 13, 2021
Bagi mereka yang tidak tahu, Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998. Watak ini diilhamkan oleh Kamn Ismail bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana mereka menginginkan kehadiran “Adiwira Kebangsaan” pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah.
Keluang Man mengisahkan seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi dan sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Pada masa yang sama, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tampoi bernama Khaty Ismail sering cuba menjejaki identiti mereka berdua.
Memang seronok bila dengar Keluang Man Cinonet akan buat comeback! Semoga industri animasi Malaysia sentiasa berkembang maju dan bersama-sama, ayuhlah kita sokong produksi tempatan! Buat masa ini, tiada tarikh tayangan tepat untuk Keluang Man Cinonet, tetapi saya berharap mereka akan mengeluarkan animasi ini dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman rasmi FB Quest Animation Studio di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post