Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill 2 dan Metal Gear Solid 3 Remake Bakal Lancar pada 2024 — Menurut PlayStation!

Maira by Maira
January 5, 2024
in Artikel, Berita, Game, PS5
0 0
0
Silent Hill 2 dan Metal Gear Solid 3 Remake Bakal Lancar pada 2024 — Menurut PlayStation!

Sumber imej: Konami

Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2024 bakal dimeriahkan dengan pelbagai game blockbuster daripada pelbagai genre. PlayStation juga sudah mendedahkan senarai game yang akan tersedia untuk dimainkan pada konsol PlayStation 5 melalui sebuah trailer. Yang menariknya, trailer tersebut telah mendedahkan bahawa Silent Hill 2 dan Metal Gear Solid Delta: Snake Eater juga akan dilancarkan pada 2024, walaupun masih tiada pengumuman rasmi daripada Konami.

Melalui trailer tersebut, kita telah didedahkan dengan tajuk-tajuk game seperti Final Fantasy VII Rebirth, TEKKEN 8, Like A Dragon: Infinite Wealth dan lain-lain. Tidak dilupakan juga dengan game first-party PlayStation seperti Rise of the Ronin, Stellar Blade dan Helldivers. Agak mengejutkan juga melihat kehadiran Silent Hill 2 dan Metal Gear Solid Delta dalam trailer tersebut kerana Konami sehingga sekarang senyap mengenai tarikh pelancaran game tersebut. Dengan pendedahan dalam trailer ini, sekurang-kurangnya kita boleh nantikan game tersebut pada tahun ini. Harap-harap tarikh pelancaran rasmi untuk kedua-dua game itu didedahkan oleh Konami pada masa akan datang.

Silent Hill 2
Sumber: Konami

Silent Hill 2 remake telah pun diumumkan pada Oktober 2022 dan sehingga sekarang tiada kemas kini mengenai daripada Konami. Walaupun begitu, pembangun game, Bloober Team masih lagi aktif dengan penghasilan game tersebut malah berinteraksi dengan peminat melalui akaun rasmi mereka. Buat masa ini, mereka meminta peminat nantikan sebarang berita mengenai pelepasan game tersebut daripada Konami. Game ini akan tersedia di PS5 dan PC.

Sumber: Konami

Metal Gear Solid Δ (Delta): Snake Eater merupakan remake kepada game Metal Gear Solid 3. Sama seperti Silent Hill, masih banyak perkara mengenainya dirahsiakan oleh Konami. Harap-harap akan ada pendedahan baru pada masa akan datang. Selain daripada PS5, game ini juga akan boleh dimainkan di Xbox Series dan PC.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Metal Gear Solid Δ: Snake EaterSilent Hill 2
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Guardian of the Galaxy Percuma di Epic Games Store Selama Seminggu! Tuntut Sekarang!

Next Post

Mencari Platform Rasmi untuk Tengok Anime Solo Leveling? Boleh Rujuk Senarai Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mencari Platform Rasmi untuk Tengok Anime Solo Leveling? Boleh Rujuk Senarai Ini!

Mencari Platform Rasmi untuk Tengok Anime Solo Leveling? Boleh Rujuk Senarai Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd