Hari ini, 2K telah mengumumkan Civilization VI: Leader Pass, season pass baharu yang menambahkan 18 pilihan “leader” baharu untuk dimainkan di Civilization VI!
Kandungan Leader Pass boleh diperoleh melalui enam pek DLC yang dijadualkan untuk keluar dari 21 November 2022 hingga Mac 2032 pada Windows PC melalui Steam dan Epic, MacOS melalui Steam dan Mac App Store serta iOS melalui App Store. DLC pertama, “Great Negotiators Pack”, akan tersedia minggu depan pada 21 November 2022.
Setiap Leader datang dengan sejumlah abiliti baharu atau dikemas kini bersama agenda inventif yang mengubah cara anda mendominasi dunia. Berikut adalah butiran lengkap tentang Civilization VI: Leader Pass:
- Great Negotiators Pack (Pack #1): Akan datang pada 21 November 2022; uji kemahiran diplomasi anda dengan Great Negotiators Pack, termasuk Abraham Lincoln (Amerika Syarikat), Ratu Nzinga Mbande (Kongo), dan Sultan Saladin (Arab);
- Great Commanders Pack (Pack #2): Pimpin pasukan anda menuju kemenangan dengan Great Commanders Pack, termasuk Tokugawa (Jepun), Nader Shah (Persia) dan Suleiman the Magnificent (Empayar Uthmaniyyah);
- Rulers of China Pack (Pack #3): Tubuhkan beberapa dinasti baharu dengan Rulers of China Pack, termasuk Yongle, Qin Shi Huang the Unifier dan Wu Zetian;
- Rulers of the Sahara Pack (Pack #4): Lawati semula lokasi tamadun awal bersama Rulers of the Sahara Pack, termasuk Ramses (Mesir), Ptolemaic Cleopatra (Mesir), Raja Sundiata Keita (Mali);
- Great Builders Pack (Pack #5): Bina semula dunia dengan lebih baik dengan Great Builders Pack, termasuk Theodora (Byzantine), Sejong (Korea) dan Ludwig II (Jerman);
- Ruler of England Pack (Pack #6): Isi koleksi raja anda yang semakin meningkat dengan Rulers of England Pack, termasuk Elizabeth I (England), Varangian Harald Hardrada (Norway) dan Victoria – Age of Steam (England).
Untuk pemilik Civilization VI Anthology baharu dan sedia ada di Steam untuk Windows PC/Mac dan Epic Games Store untuk Windows PC, Civilization VI: Leader Pass disertakan tanpa kos tambahan. Leader Pass juga akan tersedia untuk pembelian asing di Steam, Epic Games Store, Mac App Store dan iOS.
Untuk maklumat lanjut tentang Civilization VI, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post