Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shueisha Games – Syarikat baru oleh penerbit Weekly Shonen Jump!

Maira by Maira
March 31, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Shueisha Games – Syarikat baru oleh penerbit Weekly Shonen Jump!
Share on FacebookShare on Twitter

Shueisha, syarikat disebalik penerbitan Weekly Shonen Jump telah menubuhkan Shueisha Games pada 16 Februari 2022 sebagai anak syarikat milik penuh untuk mengembangkan lagi perniagaan game. Bukan setakat itu sahaja, ia juga ingin membangunkan game mobile dengan konsep original dan reka watak daripada mangaka daripada majalah Shonen Jump.

Shueisha Games juga ada mengacah projek game terbaru yang berkolaborasi dengan syarikat besar. Pembangunan untuknya sedang dijalankan dengan syarikat game luar negara untuk game mobile original itu.

Untuk pengetahuan anda, syarikat ini telah mengadakan satu camp, dimana ianya untuk mencari bakat baru dalam industri gaming. Shueisha Game Creators CAMP yang diadakan merupakan idea oleh Shuiesha untuk menyokong pembangun game berbakat secara solo dan beberapa kakitangan.

Ia juga berperanan untuk menyokong kerjasama antara pencipta dan pencipta dalam pelbagai genre yang berkaitan dengan pembangunan game, termasuk mangaka, novelis, artis visual, ilustrator dan pencipta bunyi, membantu membawa game baru kepada dunia. Lebih 4,000 pencipta telah pun mendaftar ke Shueisha Game Creators CAMP dan lebih 10 tajuk game yang disokong melalui program ini.

Berikut adalah antara game yang telah diumumkan oleh Shueisha Games:

  • Captain Velvet Meteor: The Jump+ Dimension
    • Tarikh pelancaran: Summer 2022
    • Genre: Aksi Taktikal
    • Platform: Nintendo Switch
    • Kisah Damien, seorang budak lelaki yang pemalu telah berpindah ke Jepun atas sebab keluarga. Tidak pasti dengan kehidupan barunya, Damien mendapat kekuatan bertarung di samping wira Shonen Jump+ dalam dunia khayalannya.
  • The Tower: To the Bottom
    • Tarikh pelancaran: Summer 2022
    • Genre: Survival Rougelike Adventure
    • Platform: Belum diumumkan
    • Setiap kali kanak-kanak menuruni menara, satu atau dua orang hilang…
  • ONI: Road to be the Mightiest Oni
    • Tarikh Pelancaran: 2022
    • Genre: 3D aksi
    • Platform: Belum diumumkan
    • Semuanya untuk mengalahkan Momotaro… Sorata, seorang raksasa, dan kawannya, Kazamaru memulakan pengembaraan yang menunjukkan perspektif lain cerita rakyat Jepun, Momotaro.
  • Ukiyo
    • Tarikh Pelancaran: 2022 hingga awal 2023
    • Genre: Cyberpunk Adventure bergaya Jepun
    • Platform: Belum diumumkan
    • Kai, seekor kucing samurai, menyelami dunia maya samurai-punk berwarna neon untuk mencari jalan keluar!

Nampaknya kita boleh nantikan game hebat lain daripada syarikat ini termasuk dengan game mobile baru itu. Harap-harap video gameplay untuk kesemua game itu didedahkan nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.

Sumber: Gematsu

Tags: Shueisha GamesShueisha's Weekly Shonen Jump
Previous Post

Game percuma PS Plus untuk April 2022 diumumkan termasuk SpongeBob SquarePants!

Next Post

Pakar game naratif Quantic Dream mungkin diperoleh NetEase

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Pakar game naratif Quantic Dream mungkin diperoleh NetEase

Pakar game naratif Quantic Dream mungkin diperoleh NetEase

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd