Microsoft Store telah senaraikan Shenmue I dan II untuk dilancarkan pada Ogos 21. Sega belum lagi membuat apa-apa pengumuman tentang pelancaran Shenmue I dan juga II selain dari yang kita tahu, secara amnya, ia akan di lancarkan pada tahun 2018. Ia boleh dimainkan di Platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.
Ini merupakan Overview untuk game ini, berdasarkan Microsoft Store:
Tentang:
- Kisah dendam kesumat. Pada tahun 1986, artis jiujitsu remaja, Ryo Hazuki kembali kepada dojo ayahnya, Iwao Hazuki, hanya untuk menjadi saksi akan kematian ayahnya yang dibunuh oleh seorang lelaki China, Lan Di. Lan Di mencuri artifak mister yang dipanggil Dragon Mirror. Ryo berjanji dan keluar mengembara mengikut jalan yang digunakan Lan Di untuk membalas dendam.
Ciri-Ciri Utama:
- Pengalaman Shenmue yang terbaik
- Merupakan legenda epik
- Dunia dan persekitaran yang hidup
Kepada mereka yang pernah main game ni di PlayStation 2, mesti menunggu nunggu akan remake, atau juga sambungannya. Ianya merupakan satu game yang menarik dari banyak aspek. Jalan cerita, gameplay termasuk environment yang menarik. Jadi, sebarkan berita ini dan tunggu adakah ianya sekadar khabar angin atau betul.
@gamersantaimy
Discussion about this post