Pemaju InnerSloth yang mencipta Among Us, telah mendedahkan beberapa fitur akan datang di Summer Game Fest 2021. Kita akan ada mod Hide & Seek baru, peranan Sheriff dan Scientist untuk Crewmate, dan warna lagi unik! Itu hanyalah antara beberapa pengumuman utama yang didedahkan.
Mod Hide & Seek nampaknya mengambil inspirasi dari sebuah “fan-made mod” yang mengharus Impostor memburu Crewmate yang bersembunyi secara agresif. Lebih banyak ciri baru juga akan ditambah seperti kosmetik dan achievement tambahan. Selain itu, peta kelima juga diumumkan tetapi bukanlah pendedahan penuh. Kita hanya mampu melihat satu imej teaser kecil yang tidak memberi apa-apa info penting.
Semua ciri ini dalam pembikinan dan tidak diberitahu bila ia akan keluar. Antara perkara lain yang disahkan adalah permainan menyokong hingga 15 pemain, warna baru seperti rose, maroon, banana, dan lain-lain serta kemas kini pada grafik, menurut video di atas.
Among Us kini tersedia untuk telefon pintar, PC, dan Switch, manakala versi PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X juga sedang dikembangkan. Untuk liputan lebih lanjut mengenai semua berita terkini di Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.
Sumber – Among Us
@gamersantaimy
Discussion about this post