Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Setiap siri anime dalam sejarah francais DIGIMON! Mana satu menjadi kegemaran anda?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Setiap siri anime dalam sejarah francais DIGIMON! Mana satu menjadi kegemaran anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Digimon sebenarnya adalah raksasa digital dan merupakan penghuni Dunia Digital, sebuah manifestasi dunia untuk rangkaian komunikasi bumi. Anime Digimon menceritakan sekumpulan remaja bergelar DigiDestined yang diiringi Digimon istimewa untuk mempertahankan dunia daripada pelbagai ancaman jahat.

Sehingga tahun 2020, terdapat lapan siri yang dihasilkan. Dua musim pertama berlangsung di dunia fiksyen yang sama, tetapi yang ketiga, keempat, dan kelima berlangsung di dunia unik mereka sendiri. Sebagai contoh, di dunia Digimon Tamers , pengembaraan di Digimon Adventure (musim pertama) berlaku di dalam televisyen dan merupakan satu francais komersial. Di sini, saya ingin memberi rumusan untuk setiap siri anime Digimon! Daripada yang pertama hingga ke yang terkini!

Digimon Adventure

Inilah siri anime Digimon pertama, yang mula ditayangkan pada 7 Mac 1999. Jalan ceritanya bermula dengan sekumpulan kanak-kanak yang tersesat di dunia digital, yang dihuni oleh makhluk-makhluk yang dikenali sebagai Digimon, di mana mereka menjadi “DigiDestined” dan harus menyelamatkan dunia digital dan dunia sebenar daripada kuasa jahat. Setiap kanak-kanak diberi “Digivice” dan ditakdirkan dengan rakan Digimon khusus. Sebagai contoh, Taichi Yagami dipasangkan dengan Agumon. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh watak: Taichi Yagami, Yamato Ishida, Sora Takenouchi, Koushiro Izumi, Mimi Tachikawa, Joe Kido, dan Takeru Takaishi. Tidak lama kemudian, adik perempuan Taichi iaitu Hikari Yagami diperkenalkan sebagai watak kelapan.

Digimon Adventure 02

Siri Digimon kedua adalah kesinambungan kepada yang pertama, dan mula ditayangkan pada 2 April 2000. Tiga tahun kemudian, dengan kebanyakan DigiDestined asal sekarang di sekolah menengah, dunia digital sepatutnya aman dan damai. Walau bagaimanapun, kejahatan baru muncul dalam bentuk Digimon Emperor. Walau bagaimanapun, lima telur Digi melantik tiga DigiDestined baru bersama dengan Takeru dan Hikari. Dengan proses evolusi baru bernama Armor Digivolution, DigiDestined baru harus mengalahkan kejahatan yang semakin tersebar di dunia digital.

Digimon Tamers

Siri Digimon ketiga mula ditayangkan pada 1 April 2001, dan berlangsung di “dunia sebenar” di mana siri Digimon Adventure dan Digimon Adventure 02 hanyalah siri fiksyen di televisyen. Plot ini berkisarkan tiga kanak-kanak iaitu Takato Matsuda, Ruki Makino, dan Lee Jian Lang. Ia bermula dengan Takato mencipta Digimon sendiri dengan menggunakan kad biru misteri pada D-Arc nya lalu terhasillah Guilmon. Di siri ini, protagonis boleh menggunakan kad di “Digivice” mereka, yang memberikan kelebihan tertentu kepada Digimon mereka. Proses yang sama juga digunakan untuk berevolusikan Digimon. Berbeza dengan kebanyakan siri Digimon di mana jalan cerita tertumpu kepada kanak-kanak kecil, Digimon Tamers mempunyai jalan cerita yang lebih serius.

Digimon Frontier

Siri Digimon keempat mula disiarkan di Jepun pada 7 April 2002. Selepas menerima mesej pelik di telefon bimbit, lima kanak-kanak pergi ke stesen kereta api bawah tanah dan dihantar ke dunia digital, untuk melawan antagonis, Cherubimon sebelum dia menguasai dunia. Kemudian di dalam jalan cerita, kanak-kanak tersebut akan menghadapi ancaman yang lebih besar iaitu Lucemon dan dua Royal Knight: Crusadermon dan Dynasmon. Berbeza dengan siri-siri Digimon sebelum ini, mereka tidak mempunyai rakan Digimon. Sebaliknya, mereka menggunakan D-tector untuk mengubah diri menjadi Digimon yang kuat untuk melawan musuh, satu lagi ciri baru yang diperkenalkan dalam siri.

Digimon Data Squad

Tiga tahun kemudian, siri Digimon yang kelima mula ditayangkan pada 2 April 2006. Seperti Frontier, Digimon Data Squad tidak mempunyai kaitan dengan siri sebelumnya, dan juga menandakan permulaan baru untuk francais Digimon, dengan perubahan drastik kepada reka bentuk dan jalan cerita untuk khalayak penonton yang lebih luas. Siri ini memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi oleh anggota DATS (“Digital Accident Tactics Squad“), sebuah organisasi yang diwujudkan untuk menyembunyikan kewujudan dunia digital dan Digimon daripada seluruh umat manusia, dan menyelesaikan sebarang insiden yang berkaitan dengan Digimon. Kemudian, pasukan DATS diheret ke sebuah konflik besar antara bumi dan dunia digital yang dicetuskan oleh saintis gila yang bercita-cita tinggi untuk menggunakan Digimon bagi keuntungan peribadinya.

Digimon Fusion

Selepas tiga tahun menghilang lagi, siri keenam Digimon dihasilkan. Pelbagai pihak berbeza ingin menguasai dunia digital. Sebanyak 108 Code Crown berselerak di dunia tersebut, dan setiap satu yang memberikan kawalan kepada Zon, iaitu pecahan kawasan untuk dunia digital. Sesiapa yang mengumpulkan semua Code Crown boleh membentuk Dunia Digital mengikut kehendak mereka. Muncul lah Fusion Fighters, yang diketuai oleh Taiki Kudo dan Shoutmon untuk menghentikan semua rancangan jahat musuh. Siri ini pernah ditayangkan di Malaysia di Disney XD.

Digimon Universe App Monsters

Sebuah projek yang ingin mengubah francais ke arah yang baru, Digimon Universe App Monsters adalah siri animasi yang memaparkan Appmon. Berfokus pada Haru Shinkai dan Gatchmon, ia mula ditayangkan pada 1 Oktober 2016. Appmon adalah manifestasi aplikasi di dalam telefon dan tablet. Walau bagaimanapun, virus mula menjangkiti Appmon dan mereka mula mengganas di internet. Terserah kepada Haru dan kawan-kawannya untuk menghalang rancangan jahat Leviathan.

Digimon Adventure:

Merupakan reboot kepada Digimon Adventure, Digimon Adventure: mengisahkan semula watak-watak daripada siri anime 1999 kepada latar belakang moden 2020, dan memfokuskan kepada dunia sebenar dan bukan dunia digital. Ia baru sahaja mula tayangan pada April 2020. Kami banyak berkongsi artikel tentang siri ini. Anda boleh baca selebihnya di sini.

Tags: animedigimonDigimon AdventureDigimon Adventure 02Digimon Data SquadDigimon FrontierDigimon FusionDigimon TamersDigimon Universe App Monsters
Previous Post

Peminat MARVEL Super War? Kami berpeluang menemuramah secara eksklusif dengan pasukan pembangunan mereka!

Next Post

Dua pemuda ditangkap akibat Scamm menjual Nintendo Switch di Carousell!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dua pemuda ditangkap akibat Scamm menjual Nintendo Switch di Carousell!

Dua pemuda ditangkap akibat Scamm menjual Nintendo Switch di Carousell!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd