Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sesiapa Yang Main Forza Horizon 6 Secara Haram Akan Kena ‘BAN’ Hingga Tahun 9999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Sesiapa Yang Main Forza Horizon 6 Secara Haram Akan Kena ‘BAN’ Hingga Tahun 9999!
Share on FacebookShare on Twitter

Playground Games mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap isu kebocoran game dengan mengenakan sekatan atau “ban” ke atas perkakasan/peranti. Tindakan ini dibuat selepas Forza Horizon 6 mula tersebar luas di internet.

Dengan hanya berbaki beberapa hari sebelum pelancaran rasmi (Early Access), pihak pembangun menegaskan bahawa sesiapa yang bermain versi tidak sah akan diharamkan terus daripada game ini.

Tindakan ini bermula selepas fail ‘pre-release’ bagi Forza Horizon 6 muncul di pelbagai laman perkongsian fail. Fail-fail ini didakwa mengandungi versi game yang belum siap, membolehkan pemain mencuba lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.

Antara ‘mangsa’ tindakan penguatkuasaan ini ialah YouTuber DVS Squad. Terkenal dengan kandungan Forza dan mempunyai lebih 52,000 subscriber, beliau telah memuat naik video gameplay selama 45 minit yang menunjukkan versi bocor tersebut.

Playground Games bertindak pantas. Pada 10 Mei, DVS Squad berkongsi gambar notis penggantungan akaun atas alasan “menipu/modifikasi tidak dibenarkan.” Sekatan tersebut bersifat kekal/permanen kerana ia berlangsung selama 69,895,509 jam; yang bermaksud akaun beliau hanya akan dipulihkan pada 31 Disember 9999.

Comment
by u/KillerSpectre21 from discussion
in ForzaHorizon

Studio tersebut bukan sahaja menyasarkan pencipta kandungan. Moderator di subreddit r/ForzaHorizon mengesahkan bahawa mereka telah berhubung terus dengan pihak pembangun. Menurut mereka, studio itu sedang mencari sesiapa sahaja yang mengakses game melalui versi cracked ini.

Walaupun pemain tidak stream atau memuat naik gambar, tindakan sekadar log masuk ke dalam versi haram tersebut sudah cukup untuk menerima “ban” kekal.

We are aware of reports that a build of Forza Horizon 6 has been obtained prior to its release and can confirm this is not the result of a pre-load issue.

We are taking strict enforcement action against any individuals found accessing this build including franchise-wide and…

— Playground Games (@WeArePlayground) May 11, 2026

Dalam kenyataan susulan, Playground Games memberi amaran bahawa mereka menggunakan “tindakan penguatkuasaan yang ketat,” termasuk hardware-level ban. Sekatan jenis ini amat serius kerana ia menyenaraihitamkan komponen spesifik konsol atau PC pengguna.

Ini menghalang mereka daripada mencipta akaun baharu untuk mengelakkan sekatan tersebut.

Bagi mereka yang ingin bermain tanpa risiko disekat seumur hidup, tempoh menunggu hampir berakhir. Forza Horizon 6 akan dilancarkan pada 19 Mei 2026 untuk Xbox Series X|S, dan PC (Steam, Microsoft Store), diikuti oleh PlayStation 5 kemudian pada 2026.

Walau bagaimanapun, pemain yang telah prapesan Premium Edition boleh bermain secara sah bermula 15 Mei.

Entri kali ini membawa pemain ke Jepun, sebuah lokasi yang telah diidamkan oleh peminat selama lebih sedekad. Ia menampilkan peta open-world terbesar dalam sejarah francais dan akan dilancarkan dengan koleksi kenderaan yang banyak, mencecah lebih 550 buah kereta.

Tags: Forza Horizon 6
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel Stellar Blade & Project Spirits Akan Didedahkan Pada Tahun Ini!

Next Post

Awas! RAM DDR5 Palsu Guna “Cip Plastik” Mula Membanjiri Pasaran Ekoran Harga Melambung Tinggi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Awas! RAM DDR5 Palsu Guna “Cip Plastik” Mula Membanjiri Pasaran Ekoran Harga Melambung Tinggi!

Awas! RAM DDR5 Palsu Guna "Cip Plastik" Mula Membanjiri Pasaran Ekoran Harga Melambung Tinggi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd