Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Servis premium PS Plus akan tawarkan “demo game selama 2 jam”, menurut Sony

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2022
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Servis premium PS Plus akan tawarkan “demo game selama 2 jam”, menurut Sony
Share on FacebookShare on Twitter

PS Plus serba baru akan tiba pada 23 Mei dengan tiga pakej berbeza di mana pakej premium akan memberikan akses kepada game PS1, PS2, PSP, PS4 dan PS5 serta demo kepada game baru. Sempena itu, Sony telah memaklumkan peraturan baru kepada developer, yang memerlukan mereka membuat demo selama dua jam untuk pelanggan PS Plus berjenis premium.

Menurut sumber Game Developer, mana-mana game berharga 4,000 yen (anggaran RM 136.48) atau lebih tinggi mesti mempunyai demo masa terhad yang berdurasi sekurang-kurangnya dua jam.

Keperluan ini tidak retroaktif, jadi game yang disenaraikan pada masa ini di PlayStation Store tidak perlu secara tiba-tiba menambah demo selama dua jam. Selain itu, peraturan ini juga tidak diaplikasikan untuk game VR, jadi hanya game baru sahaja yang perlu mematuhi peraturan ini.

Pada masa yang sama, Sony membenarkan sedikit fleksibiliti dengan keperluan bagi demo game. Setiap developer mempunyai masa sehingga tiga bulan untuk membuat demo selepas game mereka dilancarkan di PlayStation Store. Demo itu mesti tersedia untuk sekurang-kurangnya 12 bulan selepas pelancaran.

Di samping itu, Sony membenarkan developer membuat demo custom jika mereka tidak mahu “sekadar mengambil dua jam pertama daripada game tetapi akan diluluskan selepas pemeriksaan dibuat.

Seperti yang dinyatakan oleh Game Developer, syarat ini nampak baik untuk penerbit dan studio besar, tetapi tidak “friendly” kepada studio indie. Membuat demo bukanlah sesuatu yang mudah, dan sesetengah studio indie mungkin tidak mempunyai sumber dan masa untuk membuat demo dalam masa tiga bulan selepas pelancaran game mereka.

Satu lagi aspek untuk mempertikai adalah dua jam merupakan tempoh yang “agak” lama dan mungkin mengambil sebahagian besar daripada kandungan game itu. Bukan itu sahaja, sesetengah pemain mungkin dapat mengalahkan game tersebut dalam jangka masa yang pendek. Studio indie boleh rugi jika ramai orang dapat menghabiskan game mereka.

Apa pendapat anda? Untuk tahu lebih lanjut tentang langganan terbaru PS Plus, sila tekan pautan ini.

Tags: Demoplaystationps plusSony
Previous Post

Bethesda tambah game percuma Elder Scrolls & Wolfenstein di Steam

Next Post

Siri anime Pokémon Hisuian Snow akan datang ke Youtube 18 Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Siri anime Pokémon Hisuian Snow akan datang ke Youtube 18 Mei ini!

Siri anime Pokémon Hisuian Snow akan datang ke Youtube 18 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd