Berita yang agak mengejutkan bagi pemain One Punch Man: A Hero Nobody Knows kerana Bandai Namco telah mengumumkan bahawa server multiplayer permainan pertempuran ini akan ditutup pada 28 Februari 2022. Berita ini disampaikan dari Twitter rasmi Bandai Namco:
One Punch Man: A Hero Nobody Knows multiplayer servers will sunset on February 28, 2022. All offline game modes, along with online 1vs1 game matches, will still be available for play.
Thank you for your understanding and continued support.
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) July 20, 2021
Dalam tweet dari akaun Twitter tersebut, syarikat itu menyatakan bahawa jenis permainan offline, seperti mod 1v1 local multiplayer dan story mode, masih akan dapat dimainkan setelah server multiplayer ditutup pada bulan Februari depan. Pemain juga masih boleh mencipta watak, serta membeli mana-mana pejuang DLC.
Berita ini muncul kira-kira selepas setahun setengah One Punch Man: A Hero Nobody Knows dilancarkan pada 28 Februari 2020 dan meletakkan tarikh luput dua tahun pada permainan pertempuran 3D berlesen ini. Nampaknya boleh dihidu permainan yang diberi harapan besar ini tidak dapat menarik ramai peminat dengan cukup besar. Kami juga pernah review permainan ini, anda boleh baca semula di sini. Permainan ini turut tidak mempunyai penilaian ulasan yang tinggi di konsol dan Steam melalui pelbagai pengulas. Dan menurut Steamchartz, permainan tidak mengumpulkan lebih dari 16 pemain serentak dalam 30 hari terakhir, dengan SteamDB melaporkan puncak 586 pemain sekitar 17 bulan yang lalu.
One Punch Man: A Hero Nobody Knows adalah sebuah permainan yang dihasilkan oleh Spike Chunsoft dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Merupakan sebuah permainan 3D arena ‘Fighting Game’ dimana pemain akan mendapat 3 watak dalam satu pasukan untuk berlawan dengan musuh tidak kira dari segi PvP atau pun misi dalam dunia One Punch Man.
Pemain juga akan mendapat peluang untuk mencipta avatar tersuai mereka sendiri dan merasai legenda peribadi mereka sendiri! Walaupun pelbagai latihan dan menyelesaikan pelbagai misi, anda membuat jalan anda melalui pangkat Hero Association. Malah di tengah-tengah pertempuran, pemain sentiasa perlu mencari peristiwa rawak yang akan mengempakkan pertempuran.
One Punch Man: Hero Nobody Knows tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC, dan server online multiplayer akan ditutup pada 28 Februari 2022, harga bermula RM239.00 untuk konsol dan harga bermula RM139.00 untuk PC.
![](https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2019/11/opm_portrait-238x300.png)
@gamersantaimy
Discussion about this post