Sony telah mengumumkan Seize the Throne, sebuah acara komuniti menarik yang menyeru pemain untuk bermain bersama-sama bagi merebut pelbagai hadiah eksklusif termasuk konsol PS5 baru dan banyak lagi!
Dengan menyelesaikan tiga “Stages of Community Goals”, pemain boleh memperoleh avatar PSN eksklusif dan tema PS4 unik sepanjang perjalanan. Pemain yang layak juga harus bersaing untuk memenangi hadiah utama melalui siri soalan trivia yang mencabar. Hadiah utama termasuk konsol PlayStation 5, set King’s PlayStation Shapes Ring dan satu bundle yang menampilkan Pulse 3D Wireless Headset serta kad hadiah digital PlayStation Store ($100 USD).
Pendaftaran bermula sekarang dan akan terus dibuka sehingga akhir Peringkat 2 Community Goals . Bahagian pertama pertandingan akan berakhir apabila komuniti menyelesaikan ketiga-tiga peringkat, atau sehingga 16 November. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengambil bahagian:
Daftar
Daftar dengan ID PSN anda di SINI. Setelah mendaftar, pemain akan secara automatik dimasukkan ke dalam program dan pusingan soalan akan datang. Acara ini terbuka kepada pengguna PlayStation 4 dan PlayStation 5.
Mula bermain
Terdapat tiga peringkat sepanjang acara, di mana Peringkat 1 akan bermula pada 2 November. Setiap peringkat memerlukan pemain melengkapkan aktiviti berikut untuk mendapatkan mata dan mencapai “Community Goal” bagi setiap peringkat:
- Main game PS4/PS5 — Setiap gamePS4/PS5 yang dimainkan oleh setiap pemain selama sekurang-kurangnya sejam akan memperoleh mata ke arah Community Goal. Pemain akan memperoleh mata tambahan jika mereka bermain dengan pengguna dalam Friends List mereka (yang juga telah mendaftar untuk mengambil bahagian).
- Gunakan ciri “Share” — Setiap imej atau video yang dimuat naik oleh setiap pemain melalui ciri Share pada konsol kepada rakan PSN atau ke media sosial akan memperoleh mata. Setiap pemain mempunyai maksimum enam Share PS4/PS5 sehari.
- Peroleh Trofi — Setiap pemain boleh memperoleh maksimum enam Trofi PS4/PS5 setiap hari untuk menyumbang mata ke Community Goal. Peroleh mata tambahan untuk setiap lima trofi yang diperoleh dalam satu game PS4/PS5.

Menangi Ganjaran Eksklusif
Setiap orang yang mendaftar boleh memperoleh ganjaran 10 avatar eksklusif dan dynamic theme PS4 eksklusif apabila komuniti mencapai matlamat. Ganjaran akan dihantar terus ke konsol PS4 atau PS5 pemain melalui notifikasi sistem kira-kira 2 hari selepas setiap peringkat selesai.
Dengan mendaftar ke acara Seize the Throne, pemain yang layak boleh bersaing untuk memenangi hadiah utama, termasuk konsol PS5, set King’s PlayStation Shapes Ring dan satu bundle yang menampilkan Pulse 3D Wireless Headset dan kad hadiah digital PlayStation Store bernilai $100 USD. Pemain perlu menjawab tiga soalan yang akan disiarkan di playstation.com/seize-the-throne antara 18 November 2021 pada 2:00 AM.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman web rasmi untuk mendapatkan butiran.
@gamersantaimy
Discussion about this post